Tuesday, December 30, 2008

31. Mungkinkah


"Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.
He breaks our heart to make us whole.
He sends us pain so we can be stronger.
He sends us failure so we can be humble.
He sends us illness so we can take care of ourselves.
Sometimes Allah takes everything from us so we can learn the value of everything He gave us."

rasanya belum terlambat kot nak ucap selamat kembali ke sekOlah untuk budak2 uia, terutamanya budak2 law. hihi. walaupun da masuk minggu kedua, keadaan semakin sibuk dengan kelas yang macam entah hape2 ni, masih tetap bOleh enjOy.

sem ni kelas ok. lecturer pon cam layan je. tak macam sem lepas. aku dapat lecturer criminal law 1 yang sangat2 ber'dedikasi'. cet. lecturer criminal law 2 aku sangat sempoi. cuma busy sikit sem ni sebab amek subjek cOmpulsOry moOt.

cakap pasal busy, minggu lepas aku sibuk dengan kenduri kahwin kawan man, lepas tu balik penang kenduri kahwin sepupu, latihan bOla jaring dan jumpa nurul kat lcct. penat tapi aku puas.

cuma satu yang aku perasan pasal diri aku. ketepatan masa. pensyarah2 aku selalu cakap, "nak jadi peguam, ketepatan masa sangat penting." my bad. kelemahan aku. aku sedar dan cuba untuk perbaiki.

aku bukan jenis manusia yang suka berazam entah hape2. serius. aku jenis kalau nak buat, terus buat. takdenya nak tunggu awal tahun untuk pasang azam pastu baru terhegeh2 nak tunaikan.

cuma sekarang aku tengah fOkes dengan rancangan untuk membatalkan hasrat incik man untuk datang ke rumah. dari awal tahun dia nak datang tapi aku berjaya halang. yang pasti, dia semakin masak dengan rancangan2 aku. mati. banyak cara da buat, semua tak jalan. ada idea?

cuma ada satu peristiwa yang buat aku macam sakit hati sikit bilamana pakcik aku cuba calOnkan aku dengan sape2 entah. serius. aku sangat tak berminat. sila pas kat adik aku okeh.

kepala hotak aku jadi beku jap. tunggu entry tahun 2009 okeh.

mungkinkah entry ini yang terakhir untuk tahun 2008?

mungkinkah entry ini penutup untuk tahun 2008?

mungkinkah?

Saturday, December 20, 2008

30. Disampingmu


~Disampingmu by The Divine Masters~

ingin aku menatap wajahmu
ku pandang pOtret indahmu
memang itu tak cukup bagiku
hanya itu yang ku termampu

selang sepurnama diperantauan
hari itu yang kita nantikan
bertemu kita di pelabuhan
melepas rindu yang terpendam

memang itu yg ku impi
memiliki permata sepertimu
yang lama ku cari
cinta sepertimu

kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oh bahagia hidupku disampingmu

tapi kaulah ratu dihatiku
sentiasa indah lara dalam duka
hatiku tak henti-henti berkata
kau matang seOrang wanita

jika usah wujud perkara mustahil
ku ingin bawa kau terbang tinggi
tempat yang indah tiada penghuni
kita bahagia dan menyanyi

18 disember 2008
1 tahun 1 bulan
klia ~ 5 petang
;)

Wednesday, December 17, 2008

29. Would Have


and when i first met yOu
i never wOuld have imagined
that i wOuld have such strOng feelings for yOu
i wOuld never hav
e thought
that i wOuld have dreams abOut yOu
or miss being by yOur side
or get butterflies in my stOmach when sOmeone mentiOns yOur name
i wOuld never have thOught
that i wOuld lOve yOu

"i miss yOu a lil
a lil tOo much
a lil toO often
a lil mOre each day"

Tuesday, December 16, 2008

28. Sepi Sekuntum Mawar Merah


~Sepi sekuntum mawar merah - Ella~

Berulang kali ku mencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi

Ku berpegang pada janji
Tercipta antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah begini


Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu

aku rindu. kamu tahu siapa kamu kan?

Monday, December 15, 2008

27. Terima Kasih Untuk Hari2 Yang Indah


sebelum apa2, ingin aku khabarkan kepada kawan2 yang aku sudah kembali nOrmal. hehe. terima kasih kerana mengambil berat. nad, i'm ok right nOw. alhamdulillah. getting better. hidayah, aku sudah nOrmal. kau tak payah nak mengada2 risau. hihi.

cuma satu, aku semakin rindu. wahh!! ayat tak leh blah. haha. kamu, aku rindu. sila masuk dalam mimpi aku malam ini ya.

cuti bersama keluarga. indah gila. macam2 yang berlaku. ada beberapa perkara yang baru aku sedar atau mungkin baru mengambil berat tentang diri aku sepanjang bercuti bersama mereka2 yang gila itu.

pertama: aku adalah seOrang yang tidak pandai berenang - itu hakikat. haha. aku tak pandai berenang. dalam ketujuh2 adik beradik, aku yang paling tak reti berenang. bangga bukan? aku hanya reti mangapungkan badan. gerak sikit, cOnfirm tenggelam. adik2 aku, masing2 tunjuk skil berenang bila berada di swimming pOol. aku? lepak kat tangga swimming poOl dengan muka berlagak. haha. cuma memantau. atau sebenarnya aku yang sedang dipantau kerana dikhuatiri lemas walaupun hanya bermain di gigi air? cet.

kedua: aku makan paling lambat habis - kuantiti nasi sama banyak dengan yang lain. makan sama2 tapi habis paling last. siapa yang paling setia menunggu? abah aku. lelaki itu sangat sabar dengan perangai aku yang satu itu. dengan rela hati menunggu anak perempuannya menghabiskan makanan dengan sedaya upaya. haha. tak percaya? tanyalah pada rakan2 serumah aku atau tanya saja pada man. walaupun aku mula makan dulu dari dia, cOnfirm dia akan habis dulu dari aku. adakah man makan lagi gelOjoh dari aku? atau aku kuat bercakap ketika makan? haha. dua2 salah. memang aku jenis yang makan habis paling terakhir. nak buat macam mana kan?

ketiga: aku tidak tahan sejuk. oh kepada sesiapa yang ingin menderma lemak, sangat2 dialukan. bila balik rumah puchOng, aku dan angah pasti akan cOp ruang bawah sebagai tempat tidur. tak akan tidur kat bilik atas. aku paling tidak tahan tidur dengan penghawa dingin. kalau tidur di hotel atau pergi bercuti di kawasan yang sejuk, aku pasti antara manusia yang tak akan berpisah dengan stOkin dan baju sejuk. paling ketara bila tidur dalam bilik yang bersuhu sejuk. nadiah akan jadi mangsa peluk. aku tak peduli. biarpun dia rimas nak mati. sebab itu aku ada 4 helai baju sejuk sebagai kOleksi. hihi.

terima kasih untuk hari2 yang indah ini.

yang pasti, aku tengah merindu. rindu siapa? ya. kamu tahu siapa kamu kan? hihi.

aku mahu terus merindu. mahu jOin? sila2. *kenyit mata*

Thursday, December 11, 2008

26. Sedih


sedih tapi tak boleh nak luah. kenapa ya?

lagi sakit kalau simpan dalam. da empat hari macam ni. senyap. semua orang pelik. semalam buat2 ceria dan gumbira. hipokritnya aku ni.

tadi layan laila's lounge. pastu turun bawah. sambil kemas rumah sambil dengar lagu kat radio. buka je radio terus dengar lagu sejauh ini dari dina. nak marah je rasa. lagu jiwang pagi2 buta pehal ni?


pastu naik atas. ingat nak lepak2 depan laptOp. status ym dari invi bertukar jadi busy. belum apa2 da ada orang buzz. macam semalam. buat2 gumbira. lagi sekali, aku sangat hipOkrit pagi ni. status ym kembali invi.

baju tak kemas lagi. petang ni nak pergi kl. aduhai.

jiwa aku tengah kacau. rasa macam nak layan cerita lawak je. bagi hati ni gumbira sikit. tak mahu sedih. sangat tak best.

aku tak suka keadaan sekarang. sedih tapi tak mampu nak luahkan. kan bagus kalau dapt menangis. "tolong pang saya boleh?"

baru pukul 11 pagi.

nak tidur.

harap2 bila bangun nanti, keadaan kembali nOrmal seperti empat hari lepas.

Zzz.

Wednesday, December 10, 2008

25. Tidak Fasih Bahasa Melayu



tadi baca surat khabar utusan. memang aku suka baca surat khabar. macam orang tua kan? hihi. dulu pernah juga pertikai kenapa mak abah selalu baca surat khabar. sekarang ni, semua aku baca. dari utusan, harakah, suara keadilan, nst, the star hingga ke blOg2 ilmiah. dari berita ekOnomi, sukan, pOlitik dalam dan luar negara, isu semasa hinggalah hiburan, benda tu semua jadi santapan mata aku ni. cuma kena pandai tapis. *kenyit mata*

tadi belek utusan. tiba2 ternampak dialOg senyum kambing. tiba2 aku tergelak besar. mak dengan abah siap terkejut. mungkin berfikir yang anak perempuan mereka ni da naik sawan ke apa. haha. aku sangat suka dialOg itu. "tidak fasih bahasa melayu tak bOleh jadi peguam" adalah antara isu hangat selain dari insiden kat bukit antarabangsa (hOllywoOd malaysia bak kata sesetengah orang).

aku selak berita dalam negeri. 'lucut keistimewaan peguam tidak fasih bahasa melayu'. pengamal undang2 yang tidak fasih berbahasa melayu perlu dilucutkan keistimewaan daripada menjadi pegawai undang2 dan peguam di negara ini. berita lanjut, sila klik SINI.

banyak respOn aku rasa berkaitan dengan isu ni. sebelum apa2, jangan cepat melatah. aku cuma sampaikan apa yang aku rasa. aku sokOng usul ni sebab benda ni da termaktub dalam perlembagaan persekutuan (federal constitutiOn). cuma pelik sebab tak diaplikasikan. kita negara merdeka. sepatutnya kita da bOleh berdiri sendiri. memang sumber rujukan banyak dalam bahasa inggeris tapi seksyen 117 akta tafsiran 1967 da jelaskan semua.

aku tak kata sesi pembelajaran di dalam bahasa inggeris itu salah. ilmu tetap ilmu. cuma ada sesetengah gOlongan yang amat taksub dengan bahasa asing itu. aku mungkin bercakap begini kerana aku bukan dari gOlongan yang menjadikan bahasa inggeris itu sebagai bahasa harian di rumah. benda ni bOleh dilihat sendiri di uia. di kalangan penuntut undang2 terdapat 2 golongan. golongan yang taksub dengan bahasa itu tak tentu pasal dan gOlongan yang agak coOl. haha.

kalau da taksub sangat, jangan jadi pengamal undang2 kat negara ni. negara kOmenwel kan banyak. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. kadang2 mereka ni terlalu angkuh. aku tahu bahasa inggeris tu punca segala pekerjaan buat masa sekarang. cuma aku agak jijik dengan mereka yang terlalu mengagungkan bahasa tersebut. (badut2 yang sOmbong. huh!)

agak ilmiah entry kali ni. haha. aku mahu menjadi seperti seOrang teman. orangnya coOl tapi langsung tidak menunjuk2 dengan keupayan berbahasa inggerisnya yang superb. aku juga berangan mahu ke negara orang putih hanya kerana ingin menguasai bahasa mereka tapi bukan untuk2 menunjuk2 dan angkuh tak tentu pasal.

jangan ambil berat akan entry ni. hanya luahan dari aku, manusia kerdil di bumi Malaysia. (kang tak pasal2 kena tahan ISA. *senyum*)

Tuesday, December 9, 2008

24. Selamat Hari Lahir


"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan amirun muizzuddin
Allah selamatkan kamu"

entry ni khas untuk amir.

adik lelaki aku yang ketiga merangkap anak kelima.

nakal.

suka buli aku.

da besar ek adik alOng ni. da 15 tahun. suara da pecah. misai da tumbuh. tinggi lebih kurang dengan alOng da sekarang. da tak leh nakal2. da tak leh nak tidOr dengan alOng sebab da besar sangat2. alOng pOn naik seram. hihi.

belajar kena rajin2. da tak leh main2. kena fOkus. gitar pOn gitar gak. masa depan lagi penting sebab amir anak laki. nanti amir kena jaga mak abah selain angah dengan alang. main bOla jangan sampai lupa pelajaran.

alOng nak amir lagi berjaya dari alOng. lagi satu. please, jauhi rOkok. rOkok punca segala penyakit. abah tak suka, alOng lagi tak suka. sekali hisap, insyaAllah susah nak berhenti. angah dan alang tak hisap, alOng harap sangat amir tak dekat dengan benda tu.

apa2 pun, amir tetap adik alOng yang best. walaupun amir selalu buli alOng, suruh goreng telur tiap2 tengah malam untuk amir, alOng tak kesah. alOng mana ada adik2 lain. kalau ada pOn setakat adik angkat, adik sedara, dik cerdas, adik2 bla bla bla. adik2? *muka pelik* tak sama macam adik2 sendiri yang seibu dan sebapak. pasni bila alOng balik uia, suruh atih lak gOreng telur untuk amir eh. *kenyit mata*

jaga diri baik2.

may Allah bless yOu and happy belated birthday (9th Dec 1993).

Monday, December 8, 2008

23. Roti, Telur Hancur Dan Baked Beans


petang2 macam ni, sedap kalau bantai makan rOti dengan telur hancur dan baked beans. tak sampai 15 minit, semua da siap terhidang. nikmat gila. aku capai kOmik dOraemOn. makan sambil baca. macam mana tu? dalam keadaan tangan cedera parah.

cakap pasal tangan ni, semalam jumpa dOktor. bila sampai kat rumah, amir dengan nadiah tanya satu sOalan yang buat aku rasa sangat2 pelik, "dOktor tu laki ke perempuan?". aku tak berapa faham. apa kaitan kecederaan aku dengan jantina dOktor? atau adakah adik2 aku sudah masak dengan perangai kegatalan alOng mereka? *garu kepala*

esOk kawan2 aku ajak merOnggeng main bowling. Oh, nO! tangan aku masih cedera. agak parah okeh! bayangkan next week da start training netball untuk spOrt carnival. budak2 ni keji. nak pedajal aku. suruh aku jadi captain. apakah neraka?! (wth). minta2 tangan baik cepat. buat masa ni, tangan aku ni adalah aset. jangan fikir bukan2 okeh. *sengih* oh, Tuhan. aku mahu baik dengan kadar segera. aku mahu main netball sampai lebam. aku mahu bergumbira sepuas2nya. terasa hilang nikmat seketika.

hari ni man exam. paper kedua dia. minta2 segala2nya okeh. esOk dia ada 2 papers. malas nak kacau. aku belek2 gamba dia. teringat 2 peristiwa. tema: mencari dan menunggu. ceritanya begini, masa tu man dari terengganu nak ke kl. kami sempat bertengkar hanya kerana perangai mengada2 dia. kalau bertOlak pagi dari terengganu, cOnfirm akan sampai petang. alang2 da petang tu, baik tak payah jumpa kan? penat gak bertekak suruh jumpa keesOkan harinya.

kisah pertama.
kawan2 dia berhentikan dia kat tol gOmbak. dengan machO nya dia mesej, "biar saya yg masuk uia. awak tunggu je kat sana." aku dalam hati macam agak was2. biar betik mamat ni. reti ke? tunggu punya tunggu tapi tak sampai2. aku mesej, "sekarang kat mana?". selang beberapa minit dia reply, "entah. ikut signbOard dia cakap 100 meter lagi ada u-turn" (hakikatnya, dia tengah sesat). erkk!! biar betul dia ni. last2 aku tekad. nak cari dia. man bagi petunjuk. dia cakap kat kanan dia ada burger king. aku da agak. tengah duk mencari, aku nampak seOrang mamat jalan kat tepi highway mrr2. haha. adOi. itu menghala ke batu caves la. uia kan belakang tOl gombak je.

kisah kedua.
sama macam kisah pertama. man sampai kl petang. dia cakap dia berhenti kat masjid mana entah. aku cOnfident sikit kali ni. cOnfirm kat area greenwoOd. sebelum tu sempat bergaduh. da petang. alang2 baik jumpa esOk je kan? macam biasa, dengan kegedikan dia tu, aku ikOtkan je. walhal aku penat baru balik dari prOgram sehari di zoO negara. haha. aku balik uia. mandi, semayang asar dan siap2 untuk keluar balik. penat gila tapi kuatkan diri je. sampai je kat greenwoOd, aku sedikit blur. ada banyak masjid rupanya. adOi. terpaksa meminta pertolOngan niza. kalau ikOt gila, da lama balik uia. off handphOne. buat2 tak tahu. haha. agak2 da setengah jam, baru jumpa masjid yang dicari. lega.

pengajaran untuk semua. sesungguhnya kegedikan seorang lelaki kadang2 bOleh buat kita (perempuan) hampir nak gila okeh. perut da kenyang. lain kali kita mengumpat lagi. *kenyit mata*

Sunday, December 7, 2008

22. Eid Adha


Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah al-Hajj : 36-37)

Ambillah iktibar dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
Sebuah sejarah agung tentang besarnya erti sebuah pengOrbanan.
Selamat Hari Raya Aidiladha dari aku buat semua. ;)

p/s: jom tengOk pakcik2 tumbangkan 4 ekOr lembu dan seekOr kambing kat depan umah!!

Saturday, December 6, 2008

21. Kawan


kalau ditanya siapa kawan baik aku, pasti aku akan teragak2 nak jawab sOalan ni. kenapa? sebab bagi aku, semua kawan2 aku adalah kawan baik aku. kami berkawan sejak dari tadika malah ada di antara mereka yang aku kenal sejak berumur 4 tahun! dan yang pasti, hubungan tu berkekalan sehingga sekarang. :) alhamdulillah.

aku nak bercerita mengenai seOrang teman yang aku kenal sejak dari bangku sekolah rendah. orangnya almost perfect. insyaAllah bakal seOrang dOktor suatu hari nanti. hari tu kami bergaduh. gaduh besar. dia minta aku pergi dari hidup dia hanya kerana salah faham. haris, betul kata kau. hidup ni perlukan pengorbanan. antara kita bertiga, biar aku yang blah. sedihkan?

hampir sebulan aku senyap. memang aku betul2 berkecil hati. tak tahu mana datang kekuatan. cuma bila datang suatu ketika, aku buka email. ada satu mesej. meh aku kOngsikan bersama.

"Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita."

"Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?"

"Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu."

"Wani, aku minta maaf kalau aku tak menjadi kawan yang baik untuk kO selama ni. Tapi boleh tak bagi aku satu peluang lagi untuk jadi kawan yang sama macam kat atas ni?"

"kawan, bertahun kita bersama. bagai semalam, baru bersua. kawan, dihadapan oh indahnya. kita bersama berkelana." ingat lagi nasyid lama ni?

mengalir air mata bila baca. kawan, aku tak pernah berkira bila kita berkawan. cukup sekadar aku sebagai pendengar. am i a goOd listener anyway? apa guna kawan tapi tak mampu mendengar masalah kawan. betul tak? aku ada. kawan2 lain pun ada. andai kata aku takde suatu hari nanti, jaga diri baik2 ya. kau kawan aku dunia akhirat. jangan lupa tentang itu.

Friday, December 5, 2008

20. Minyak Panas Dan Adam


tadi buat jemput2 sebab abah dan adik2 nak makan. masa tengah gOreng, tiba2 minyak mercik. bukan sikit okeh. sampai tangan kanan aku bengkak kena minyak panas. bukan setitik dua minyak. mula2 tak rasa sakit sangat. tapi lepas beberapa minit, tangan start membengkak. aku suruh miza sambung gOreng sebab da tak tahan.

dengan tak basuh tangan, aku terus naik atas. ingat nak mengadu kat mak (nak mengada2). tapi mak sembahyang. pergi kat abah yang tengah buat kerja. tiba2 abah marah. abah cakap kenapa celOp tangan dalam minyak? celOp? bOleh bayangkan tak betapa teruknya tangan aku? sampai abah ingat aku celOp tangan dalam minyak panas. huhu. pastu terus keluar dari bilik abah. air mata tiba2 mengalir. baru nak manja tapi kena marah. mak terus kejar aku lepas habis sembahyang sambil bawa botOl madu. mula2 cam mOgok gak. tapi mengalah sebab tangan da mula sakit. mak sapu madu kat tangan. masa tu air mata macam empangan pecah. mak cakap abah memang macam tu. marah sebab sayang. aduhai.

pastu menggedik dengan man lak. haha. thanx and sorie sebab menyusahkan. walhal benda kecik je pun. habis sebelah tangan aku bengkak. tulah. tak pandai masak, pastu lagi nak tergedik2 kat dapur. amik kauu. tapi berkesan ah madu ni. baru 3 jam sapu, kesan makin kurang dan takde parut. mak, i love yOu more lah. amzar pujuk aku. dia cakap pasni kita masak sama2 fish n chip. hihi. suka2. tak serik lagi tu. takkan serik. nak pandai masak memang kena eksiden dulu kan? wink2. tiba2 teringat adam. adam? buat aku tersenyum tiba2. terus lap air mata. siapa adam? baby cOmel merangkap anak kak nuha (seniOr aku). sekarang dia kat brisbane, australia sebab papa adam ada kerja kat sana.

bak kata maimunah, i'll let the pictures do most of the talking. :) (jangan tanya da kat ym yang baby ni anak siapa. bila aku cakap anak aku, kOrang tak nak percaya. haha.)


nama saya adam. ;)

cOmelkan?


mama adam dan adam. :) masa ni adam transit kat sydney kejap.


pengajaran: jaga minyak dan cOntrOl api bila masak. huhu.

Thursday, December 4, 2008

19. Bola Dan Adik2 lelaki


tadi teman adik2 tengOk bOla match antara man u v blackburn utk carling cup (tak tahu ejaan betOl atau salah). bOleh bayangkan sekarang pukul berapa? haha. ada beberapa sebab aku dipaksa untuk teman.
Justify Full
pertama, senang mereka nak order makanan kat dapur. "alOng, nak cekodok pisang. alOng, nak milO ais. alOng, nak kentang gOreng. alOng, megi gOreng mamak satu." senang cerita, aku da macam pelayan perempuan kat kedai mamak aku rasa. kedua, aku paling setia menunggu. sebelum match start pukul 4 tadi, amir dan hafiz da terlelap kat sofa. amzar lak sibuk main dOta. dengan ada nya aku, aku leh tolOng buat pengumuman, "adik2 ku semua, game da start." ketiga, aku adalah tukang kutip cawan dan pembasuh pinggan yang paling cemerlang. cuba bayangkan kalau aku takde? cOnfirm pinggan penuh satu sink, cawan bersepah kat depan tv. masa ni, takkan de seOrang pun yang akan carik gadOh dengan aku sebab mereka tahu kepentingan aku pada mereka. sangat tak bagOs kan? nasib baik man bukan kaki bOla. haha. sangat2 bersyukur.

sebelum turun bawah teman adik2 aku, aku melayan beberapa makhluk kat ym. kami rancak membincangkan tentang 2 perkara. perkara pertama adalah berkenaan dengan bbq sempena raya haji ni. semua da setel. tinggal nak jemput je. kOnsep: santai. tema: santai. tOpik: gOsip (macam biasa). makanan: daging sembelih dan dijadikan bahan bbq. tempat: rumah naz jadi mangsa. perkara kedua pulak berkenaan dengan satu trip. kemana? rahsia. setakat ni perbincangan berjalan dengan lancar. kena buat perancangan awal sebab tempat nak pergi tu agak jauh. ongkOs yang paling penting. weyh, start berjimat! tahan napesu membeli belah utk setahun. cuma dOa dipermudah je.

lagi satu perkara yang lawak berlaku dalam pukul 9 malam tadi. man call. aku malas nak cakap dengan dia atas beberapa sebab. aku pas telefOn kat nadiah bila dengar suara caller itu adalah man. aku suruh nadiah cakap kat man yang aku takde. sekali mak dengar. mampOs aku kena sOund dengan mak, "kenapa nak tipu? tak baik." err. amik kau. kena sejibik. "mak jelah cakap dengan dia. kan senang." mak aku dengan senang hati sambut telefon. ambOi. rancak gila. last2 mak cakap dengan man, "wani nak cakap ni." aik? sejak bila alOng cakap? ni yang susah ni kalau da kamceng. abah, kita tukar no telefOn rumah leh? bila habis cakap, aku naik atas. tengOk de beberapa miskOl kat henpOn. patut la telefOn rumah. menyesal aku tak cabot wire telefOn awal2.

da lambat ni. alang2 nak tunggu subuh terus. cara senang nak bangun awal adalah tidur di ruang tamu. haha. pastu pagi esOk tahan je telinga dengar mak marah. nak buat macam mana. anak2 laki mak yang dera alOng. marahlah mereka. pengajaran: jangan manjakan adik2 laki.

Wednesday, December 3, 2008

18. Kucing Jantan


sejak adik2 aku dOk bela putih (si kucing betina) kat rumah ni, banyak lak kucing2 jantan dOk datang usha. bergesel2 kat depan rumah aku. tensen okeh!! putih, please, cukup2 la gOda kucing2 jantan di luar sana. kasihanilah aku.

aku tahu ayat macam mana kO mengorat putih. macam ni kan bunyiknyer, "dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, dua tiga bOleh ku cari, mana nak sama cik putih sOrang." kan? kan? kan? Oh, please. itu taktik lama.

cukup la dengan anak2 putih yang empat ekOr itu. aku da tak larat weyh nak jaga. sentuh? haram tak pernah. da lah nOty gila. berlari bersuka ria macam 'rumah ku rumah mu jua' dibuatnya. buat muka cOmel kunun. huh!! sikit pOn aku tak cair.

aku rasa rumah aku ni da dinaiktaraf jadi rumah kebajikan haiwan. sikit masa lagi, cukup syarat, jadi taman tema haiwan. aduhai. macam mana aku nak hidup ni? da lah siang malam asyik bergelumang dengan kO lima beranak. mana laki kO? mana? mana?

kepada kucing2 jantan kat luar sana, cukup2lah buntingkan putih. kO lepas habis madu, sepah kO buang. lepas bunting, siapa dOk bela? aku jugakk!! kO pergi mana? berfOya2 dengan kucing betina yang lain. macam aku tak tahu. sangat tak guna.

putih, kalau kO rasa dibuntingkan lagi, kO pergi lah kat rumah lain. aku da tak larat weyh nak jaga kebajikan kO. aku rasa macam nak sunatkan je kucing2 jantan kat rumah aku ni. da tak reti2 ke nak blah? tahu lah putih tu gebu. tOlonglah jangan tergOda dengan hiasan dunia.

akhir kata, aku da penat.

Tuesday, December 2, 2008

17. Aku Yang Jauh Dari Kesempurnaan


kesempurnaan. ada apa dengan kesempurnaan? hampir kepada kesempurnaan? aku minta maaf sebab aku bukan tergolOng dalam kedua2 kelOmpok ini. terima kasih kepada kamu (pijun) yang berbicara sama aku tadi. pedih tapi itulah kenyataan.

manusia suka pada kesempurnaan? aku tak nafi benda itu. tapi bukankah kesempurnaan tu milik Dia? aku agak sensitif ketika ini. emosional? mungkin. check je ciri2 manusia yang lahir pada bulan julai. hampir semua kriteria itu memang kena dengan aku. aku paling benci kepada perbandingan. aku adalah manusia yang sedar akan kelemahan dan keburukan. manusia yang paling susah untuk mencari keyakinan diri. tak percaya? tanyalah kepada sesiapa yang rapat atau yang pernah rapat dengan aku. aku hidup atas tiket pengalaman. dari situ aku belajar apa itu kehidupan.

sekurang2nya aku menjadi diri aku. hipOkrit? aku rasa aku cukup jujur untuk menyatakan kelemahan aku. aku bukannya manusia yang sombOng dan bOngkak dengan kelemahan diri. hendak mendabik dada pada kelebihan sendiri lagi jauh. aku jauh dari kesempurnaan. jauh dari kesempurnaan seOrang aku. sebab itu aku sangat sayang kepada mereka, mereka, mereka yang boleh menerima aku atas kelemahan aku tapi bukan atas kelebihan aku. aku juga adalah manusia yang susah untuk yakin tapi senang untuk dijatuhkan semangat. tak percaya? cubalah.

aku juga bukan seOrang manusia yang mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang lain. aku cukup sedar diri. cukup untuk memahami hukum alam bahawa manusia itu berbeza. punyai kekurangan dan kelebihan. hampir mengalir air mata tapi aku tahankan sebab aku tau dia bukan berniat untuk mempertikai cuma mungkin dia baru jumpa manusia seperti aku. cuma mahu aku ingatkan kawan, manusia lahir dengan tahap sensitiviti yang berbeza. ada yang sensitif bila diajak berbOrak tentang kelurga, tentang cinta, tentang belajar atau tentang apa2 sahaja sebab setiap manusia itu berbeza.

bak kata azim, seteguk kebenaran untuk tersenyum ketika hati meribut. :) "Untuk setiap air mata yang menitis, untuk setiap hati yang terhiris, untuk setiap malam tak mahu diulang, untuk setiap peluang yang mahu dikembalikan, untuk setiap langkah yang mahu diambil semula, untuk setiap pengajaran yang diterima; kelakar, bagaimana kita masih begitu cenderung kepada kemusnahan."

"aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi. aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati. aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi. gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan. agar dapat ku hindarkan segala kesesatan. usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini. aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui. moga cahaya lailatul tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri. moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang. lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 alhamdulillah, syukur" alhamdulillah - yasin feat. toO phat

itu beza kita kerana aku jauh dari kesempurnaan seOrang aku.

Monday, December 1, 2008

16. Haji


aku baca paper. semua jemaah haji dah kat mekah. walaupun mekah sedang dalam pembinaan semula dan dijangka akan siap dalam 2015, benda tu tak menghalang untuk umat islam di serata pelusuk dunia untuk menunaikan rukun islam yang ke-5. aku suarakan niat hati kepada mak. minta mak daftarkan nama sebab kalau daftar sekarang, kena tunggu 10 tahun dari sekarang baru sampai turn aku. 10 tahun? insyaAllah sempat kOt nak kumpul duit. :)


kami adik beradik pernah raya kOrban tanpa mak dan abah. masa tu aku baru tingkatan empat. mak dengan abah pergi tunaikan haji. tinggal kami enam beradik bersama dengan mak teh (belah abah) dan bibik. hihi. nadiah dihantar ke penang. duduk dengan mak teh (belah mak). lepas sehari mak dengan abah pergi, kami adik beradik demam. nampak sangat kami ni manja kan? kih3. masa tu tanggungjawab berat gila. segala duit, kunci kereta, dan benda2 penting ada kat aku.

kalau dulu bila mak dengan abah cerita pasal mekah dan madinah, kami adik beradik hanya mampu jeling frame gamba kaabah yang besar yang tergantung kat ruang tamu. tak mampu nak bayang pape. pastu masa umur aku 19 tahun, mak dengan abah bawa kami ke sana untuk umrah. perasaan? tak leh nak digambar dengan kata2. kami pergi melalui singapura. nak dijadikan cerita, masa nak bertOlak tu dalam pukul 3 pagi, aku leh nak muntah sebab migrain. hihi.

aku ingat aku tak sempat nak sembahyang walau untuk sekali kat masjid nabawi, madinah atas alasan yang sangat2 munasabah. mak yang banyak dOa. mungkin rezeki, masa hari terakhir aku sempat sembahyang subuh dan ziarah makam rasulullah. gila best. nadiah sampai nanges2 sebab kena rempuh. kesian dia. masa tu dia kecik lagi. then kami bertOlak ke mekah. adik2 laki termasuk abah machO pakai ihram. haha. yang tak leh tahan, adik2 laki aku pakai bOxer kat dalam ihram. tu pun sekejap je sebab tak biasa.

sebelum sampai mekah, kami niat untuk umrah. bila sampai terus berjalan ke masjidil haram sambil bertalbiyah (labaykallah humma labayk). kami masuk melalui pintu bab as-salam. ustaz pesan, bila nampak kaabah pertama kali terus dOa banyak2. memang tergamam. kami wat tawaf, saie dan bergunting. adik2 laki aku memang sangat tak matang. leh main lari2 masa saie. haha. tapi masa tawaf besh. adik2 laki guard kami yang perempuan. ramai beb. sampai nadiah hampir nak nanges sebab kena himpit.

paling yang aku tak leh lupa masa kat jabal rahmah (tempat adam dan hawa bertemu). ustaz cakap, kat situ dOa makbul untuk jodOh. kami adik beradik terus mengadap kiblat dan berdOa. haha. mak ketawa. mak cakap, "ya Allah. anak2 mak ke ni?" haha. aku tak tahu nadiah dOa apa. aku cuma dOa secara umum. tak berani nak dOa khusus. cuma ada satu niat aku yang aku sampaikan mak. kalau boleh, aku nak pergi lagi lepas habis belajar ni. ;)

well, selamat menunaikan haji untuk pak tam sekeluarga, dan untuk kak hawa, raihaan sekeluarga. semOga dapat menunaikan haji dengan sebaik mungkin dan dapat haji yang mabrur.

"selangkah kita dekat dengan Dia, seribu langkah Dia datang kepada kita." :)

Friday, November 28, 2008

14. Take My Heart By Soko


~Take my heart by sOko~


You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so


Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

p/s: lagu take my heart ni de kat music cOrner..nun di sebelah kanan..weee~ ;)

Thursday, November 27, 2008

13. Kesetiaan


aku cuma nak minta maaf kepada sesiapa yang tidak selesa bila aku menukar link. aku juga nak minta maaf kepada kamu, kamu, kamu yang me'link'kan blOg aku. minta maaf kerana menyusahkan. cuma aku harap sgt jangan di nilai tahap kesetiaan aku hanya kerana aku menukar link. tak faham? tak mengapa. walaupun aku berpegang kepada kata2, "blOg aku, suka hati lah aku nak wat apa", tapi kena gak ada rasa sensitiviti terhadap alam sekeliling. kalau tak sensitif, baik duduk dalam hutan kan? ;) terima kasih kerana me'link'kan aku dengan blOg kamu, kamu, kamu walaupOn tanpa aku pinta. apa2 pun, meh layan cerita dari kak fynn yang agak panjang ni. hihi. tentang kemaafan. ;)

p/s: era tetap dihati walaupun ramai beralih arah ke hotfm. wink2~ (^_~)

-------------------

ritual internet aku sangat mudah dan senang.
begitu tersusun prosedurnya, sehingga kalau tri yang bukakan tingkap2 mukasurat, dia tahu butang yang mana untuk diklik.

1) blogger
2) gmail
3) myspace

elok molek aku rapikan di bookmark tabs.

aku pasti aku kini salah satu daripada jutaan manusia accute cyberworld junkies. sehari tanpa perhubungan maya, mati. buka mata, teringat entri. sebelum tidur, teringat email yang masih belum dibalas.

niaya betul.

seperti aku, pasti engkau juga bagai dibakar api tanpanya. menggelitik bila lebih 5 jam tanpa nyawa virtual. dan seumpama lebih 5 dari 10 orang di luar sana, kita sudah lupakan buku2 tebal untuk makanan mata. skrin terang dan menyilaukan sudah jadi prioriti.

aku sekarang hanya menyelak naskah suratkhabar lewat pautan2 yang aku klikkan.

untuk seorang aku, itu sudah suatu yang hebat. aku benci membaca sejak dahulu lagi. kalau bukan kerana peperiksaan, tidak ada hingin langsung memegangnya. cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini).

cikgu wani, kamu jengkel tidak sama pelajar seperti saya?
:p

bila difikirkan semula, akulah itu yang memang dari dahulu lagi merimaskan sesetengah kaum. bukan pada guru2 (syukur atas itu), tapi disalahfaham beberapa golongan yang tidak kenal manusia ini. akulah itu yang tidak akan berhenti bertanya selagi aku tidak puas. akulah itu yang degil hendak tahu kenapa kalau yang aku ertikan pada awalnya sedemikian2 tapi berakhir dengan sekian2 yang berbeda.

haha.
aku.

aku paling ingat sekali itu yang aku angkatkan tangan dan menyangkal salah seorang pensyarah yang paling digeruni, Dr. Shahibuddeen dari iraq. dia, ketika itu, sedang ajarkan tentang sovereignity. tentang daulat.

dia yang sedang menghujah ttg daulat seorang raja di sesebuah negara perasan jemari aku yang menjangkau angin di atas kepala.
dia tenung wajah aku, senyum sebelah.

*versi translasi*

"ya?"
"ini di luar topik. tapi saya hendak tanya, sebenarnya apa fungsi seorang raja, sultan, et cetera. saya tahu sejarah, doktor. cuma saya tidak faham"
"di mana yang kamu tidak dapat tangkap?"
"di bahagian mereka dapat wang kerana menjadi ketua negara"
"itu masalahnya?"
"ya. kerana saya orang miskin"

kelas ketawa kuat.
untuk pertama kalinya, pensyarah itu gelak di hadapan kami.

"siapa suruh atuk kita bukan raja2, kan? atuk kita patut disalahkan"

:)
haha.

dan aku juga teringat sama Prof Qayyum dari bangladesh, ketika aku minta dia jadi penyokong permohonan master dua tiga tahun lepas. aku ini dari kecil memang paling tidak tahu bagaimana hendak mengendeng superior. satu2nya waktu aku berinteraksi sama guru2 adalah di dalam kelas. (kerana itu pelajar aku sentiasa aku amarankan untuk tidak sekali2 menggedik dan berbaik2 sama aku semata2 untuk menjadi teacher's pet).

terketar2, aku tanya:

*masih versi translasi*

"prof, maaf. saya tahu prof tidak cam saya--"
bersahaja dan pantas, dia potong suara aku "--oh saya cam kamu"
"betul?"
"kamu pelajar pertama yang berani berdebat sama saya"

*sengih*

dia seorang pensyarah lelaki. tapi seorang feminis. dia mengajar kami sastera dunia, dan hari itu sepesifiknya, kami berbincang tentang satu tulisan dari iran. hujahnya pada hari itu adalah pemakaian tudung secara paksaan.

aku tidak salahkan ia kerana dia dari mazhab lain. budaya mereka bukan seperti di malaysia. dia katakan di dalam kelas aku, pemakaian tudung pada perempuan sepatutnya atas kerelaan hati, dengan ikhlas, blablabla.

dan ingat lagi ketika aku pangkah dia.
hahahaha.
dem.
aku sangat ingat.

dan aku paling tak akan lupa provokasi dia. debat dan debat, namun setiap kali aku hendak berhenti, dia suruh aku sambung membebel lagi.

sejak itu, kalau aku angkat tangan, dia sudah tahu. mesti ada sesuatu. sehingga kadang2 dia akan tanya, "ada soalan untuk hari ini, anak muridku?"

:)
kurang asam.

*tiba2 terdiam*

eh. entah2 selama itu dia cuma menjolok komunikasi. saja2.
shit.
qayyum, you're the best, sir.

aku rindu zaman itu. zaman belajar. zaman ilmu itu masih subjektif dan terbuka untuk diskusi. salah, dibincangkan. betul, dikongsikan.

waktu di keliling mereka2 yang gila membaca. dan hanya dengan berbual ketika minum teh di petang2, aku dapatkan informasi2 di luar jangkau telaah aku.

scott. mengenai cinta pentas.
sheena. bual puisi dan ideologi.
tg sarah. ttg hati halus.
anna. seni dan kreativiti.
eddrey. fesyen.

ramai lagi.

banyak sangat bertanya ada pro dan kontranya. dapat ilmu, itu sudah pasti. dapat musuh, ada juga sekali2. sebab orang banyak bertanya itu leceh.

aku pun ada masa rasa mahu sepak sesiapa yang bertanya pensyarah soalan teh tarik. paling rasa hendak tampar adalah bila persyarah baru sangat beri penjelasan. seperti:

ali hendak makan di kantin sekolah petang ini.

*soalan bodek*
1) ali hendak makan di mana, prof?
2) bila ali hendak makan di kantin?
3) ali makan apa, prof?
4) prof suka warna apa?

tak perlu aku highlight kejengkelan bila soalan2 sebegitu diajukan dua saat sebelum kelas tamat.

*pusingkan mata ke atas*

tadi dr fadhilah kamsah (mertua sahabat saya :p) ada sebutkan di stesen radio mana entah aku tidak perasan.

intipatinya begini:
cakap yang salah pada masa yang betul --memang silap.
cakap yang betul pada masa yang salah --memang nahas.
cakap yang salah pada masa yang salah --memang bunuh diri.

mesti: cakap yang betul, di masa yang betul.

sang penanya merujuk pada beliau tentang percakapannya yang menimbulkan kemarahan orang.

aku tersentak kerana ketika itu, di dalam menung aku di dalam kereta sambil menunggu tri, memang itu soalan aku. seram. jelas, bukan tingkap sahaja yang sudi mendengar hati aku.

*senyum*

engkau memang selalu cool, wahai tuhan.
sentiasa bijak mendatangi akal aku.

walau itu kebetulan.
kebetulan aku menggodeh2 radio, sedangkan aku benci menukar2 siaran.
kebetulan itu soalan terakhir untuk sessi kaunter tanya sama doktor.
kebetulan baru sejurus tadi aku luahkan pada tingkap di lengan kiri itu.

halus.
:)

bukan sekali ini soalan2 aku terjawab dalam rupa2 demikian.

*diam*

mulut aku.
provokasi aku.
pertama kali dibenci orang kerana bibir ini, adalah di darjah enam.

kerana petah seorang budak gemuk tidak secomel petah seorang anak genit.
"dah lah gemuk, banyak cakap"

*sengih*
akulah tu.

tingkatan empat dulu, habis buku sekolah, kerusi dan meja aku diconteng orang. menulis tentang nur affina yanti. yang paling biasa adalah "gemok" (yang sekarang sudah tidak), "emo" (yang ironinya menjadi punca ramai yang sudi menjadi teman aku), "saiko" (yang memberi impak gagah pada tulisan aku), banyak lagi.

satu hari nanti, orang akan faham sebenarnya bagaimana seorang aku ini.

*diam*

kesan dari entri lepas, ramai yang bergaduh2. menghina2, bertengkar caci segala. maafkan aku kerana tulisan itu. yang kenal aku, akan faham apa yang aku terbitkan adalah soalan semata2. yang tidak faham, terus hendak membetulkan. lalu bersimpang-siur.

terbawa2 pelbagai perkara.
relevan dan tidak.

ah. sukahatilah.

tapi aku hendak kongsi apa yang diberi seorang sahabat yang bernama ain fatehah.
terlalu indah, yang kalau disimpan, pasti jadi rugi.

seorang gurunya bertanya:
"kamu semua nak masuk syurga?"
terang, setiapnya menjawab "ya"
"bagaimana dengan neraka?"
tidak mungkin ada sesiapa yang mahu.

kosentrasi pada jawapan ini:

"syurga neraka itu ujian. sama ada yang ditakut itu adalah Dia atau nerakanya. banyak dari kita takut sama neraka. kita lupa yang sebenarnya berkuasa itu adalah sang pencipta. kalau disuruh neraka itu sejuk, sejuklah. apa yang kita takutkan. nabi ibrahim tidak terbakar dalam api"

wow.
mudah dan tepat.

jahat kita sama tuhan, dia itu maha baik.
jahat sama orang?

dr fadhilah kata tadi, cara paling mudah untuk meminta maaf adalah sebelum apa2, solat taubat dan maafkan semua. kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu.

pening?

:)

jom.
maafkan orang.

------------------

terima kasih kepada kamu, kamu, kamu yang sudi layan blOg ni. aku minta maaf sebab ini bukan blOg ilmiah. hanya cOntengan dari aku. kalau nak cari bahan ilmiah, search je, insyaAllah akan dapat. ;)

Wednesday, November 26, 2008

12. Aku Dan Kerja


ada apa dengan badan cemerlang sdn bhd? hihi. ni lah tempat kerja aku lepas spm dulu sampailah sebelum masuk uia. siapa sangka, ni lah tempat pertama aku meraih pengalaman bekerja.

semalam aku ke sini setelah berbulan2 aku tak menjejakkan kaki. banyak berita yang aku tertinggal. kak teha kahwin aku tak tahu. tahu setelah di khabarkan oleh rOsze melalui yahoO messenger. kak nurul sedang mengandung 8 bulan!! haha. terkejut aku tengOk dia semalam. muka bengkak. tiba2 perut besar. cOmel!! teruja tengOk kak nurul. nak pegang perut dia. tapi takut. sebab da besar sangat. haha.

masa kerja dulu, kawan2 sekOlah yang rajin menjenguk. biasalah. angsana dulu memang jadik port kami nak melepak. agak skema bila lepak kat badan. layan buku2. haha. teringat bila hanif datang minta diskaun untuk buku grammar yang agak tebal. teringat juga kat seOrang pak cik tua yang gila bayang kat kak naza. haha. seram.

pak cik: nak, naza kerja tak hari ni?
aku: kak naza cuti. *sebenarnya kak naza kat pantry. haha.*
pak cik: tak apa lah. esOk pak cik datang.
aku: kenapa pak cik? ada pesanan?
pak cik: pak cik teringat kat dia. pak cik ni da lama menduda. bla bla bla.

erkk!! nak pengsan aku dengar. haha. sangat bahaya pak cik ni. patut lah kak naza suruh aku cOver line. ada kenangan yang tak dapat aku lupa. kat sinilah bermula kegembiraan dan kesedihan aku. yang best, semua ingat aku lagi. mungkin sebab aku ni rajin menziarah agaknya.

aku akan kenang saat2 susah senang cari duit sendiri. insaf seketika. kat situ baru aku rasa, "ya Allah, selama ni betapa susahnya mak abah cari duit".

Tuesday, November 25, 2008

11. Nilai Sebuah Kasih Sayang


macam mana ya nak mulakan entry kali ni? banyak sangat benda yang berlaku sejak semalam. betul2 mengganggu kOnsentrasi aku. aduhai. bermula dengan satu cerita. betul2 buat aku tersentak sebenarnya. hanya ketenangan yang aku cari di kala ini. aku cuba untuk tersenyum.

kemudian aku disentakkan pula dengan berita dari seOrang sahabat melalui yahoO messenger. bermula dengan kiriman lagu kemudian bertukar kepada perkhabaran yang agak mengejutkan. dugaan apakah ini? kasihan sahabat aku.

hana: wani, tahu tak pasal kamila (bukan nama sebenar)?
wani: pasal apa?
hana: parents dia seperate.
wani: ha? sOrie. memang tak tahu pape. ya Allah, kesiannya. *memang terkejut gila babun*
hana: i juz knew a few minutes agO. she told me.
wani: atas sebab apa mak ayah dia berpisah?
hana: sebab third party.
wani: damn!! wth!! *sorie. aku betOl2 bengang kali ni*
hana: tulah. kamila pOn bengang gak. mak dia pulak asyik sakit lately.
wani: bodOh seyh pOrak peranda rumah tangga Orang. bila mak ayah dia pisah?
hana: bulan lapan.
wani: aduhai. sebelum puasa. dia ok? *sigh*
hana: takut nak tanya. serba salah sebab tak tanya khabar dia.
wani: takpe. salah cakap nanti, takut dia makin sedih.
*hana juga bukan nama sebenar. identiti disOrokkan atas sebab tertentu.

kemana perginya kasih sayang ya? hanya kerana kehadiran Orang ketiga, nilai sebuah perkahwinan tu dihenyakkan di hujung kaki? diludah? dimaki sesuka hati? ya. memang Islam menggalakkan pOligami. tapi atas dasar apa? lihat saja pada kemampuan. mampukah kita hendak mengemudi 2 buah perkahwinan serentak? kerenah isteri2, anak2, pakai minum, kebajikan. adilkah kita nanti? bergegar tiang arasy bila disebut tentang cerai. aku tak mahu berkata lebih. belum rasa asam garam sebuah perkahwinan.

sahabat, aku hanya mampu titipkan dOa. mOga kamu tenang di sana. jauh. memang kita jauh. bersabarlah. Allah sayang Orang yang bersabar. dugaan yang Allah beri adalah tanda bahawa kita sentiasa di bawah lindunganNya.

bila buka blOg mawaddah, dia highlight kan isu jodOh. buka blOg mujahid, suami muda itu turut berkongsi tentang kasih sayang. kata2 mujahid buat aku tersenyum. nampak yang suami muda itu sedang bahagia. alhamdulillah. katanya, "semakin hari semakin mengenali satu sama lain dari setiap sudut. hmm. kata orang lama, taaruf ini tidakkan berakhir. semakin hari semakin sayaaang ~ langkah baru bermula lagi ;)" indahkan? semOga diberkati hendaknya.

aku teringat sebuah cerita lakOnan nasha aziz bersama dengan azri iskandar. tajuknya mencari izzara. kisah seOrang perempuan yang rasa ragu2 untuk berkahwin. pada dia, perkahwinan seperti sebuah penjajahan. penjajahan seOrang suami terhadap seOrang isteri. terikat dengan tanggungjawab dan kepatuhan yang mutlak terhadap seOrang suami. masa aku tengOk cerita ni 4,5 tahun lepas, aku tak paham apa pOint yang cuba disampaikan. baru aku sedar, perkahwinan tu juga adalah anugerah. seperti seOrang isteri, perkahwinan adalah anugerah yang maha besar yang Allah berikan. raikanlah. hargailah dengan sebaik2nya.

"our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)

banyak pengajaran yang aku dapat hari ni. nilai sebuah kasih sayang. erti pengOrbanan. makna sebuah keikhlasan. oh Tuhan, terima kasih atas petunjuk yang Kau beri. biarlah hubungan ini berakhir dengan cara yang Kau redhai.

wani, kamu semakin positif. ;)

Sunday, November 23, 2008

10. Cacing Buku


semester break kali ni aku target nak habiskan 3 buah novel. sekarang aku tengah pulun baca novel 'if yOu cOuld see me now' dari cecelia ahern. ni nOvel ketiga cecelia ahern lepas 'ps, i lOve yOu' ngan 'where rainbows end'. tiga2 novel ni aku da beli dan aku da baca. cuma aku lOm beli novel keempat, 'the place i called here'. aku berani bet, nOvel2 dia memang hebat dan best.

pastu aku nak pulun baca 2 novel ramlee awang murshid. aku memang fOllow novel2 dia sejak dari sekOlah menengah lagi. nOvel dia best. sebab tu aku tak terkejut bila beberapa kawan lelaki aku pOn ketagih nak baca nOvel2 dia. hihi. lagipun ramlee awang murshid ni antara penulis novel thriller terbaik kat malaysia. memang tak rugi ah kalau baca novel2 dia.

kalau cakap pasal nOvel ni, teringat zaman muda2 dulu. 'lagenda budak setan' dan 'pilOt cafe' - ni antara novel2 pertama yang aku baca. karya ahadiat akashah. tebal gila. masa ni nOvel2 ahadiat akashah memang tengah meletOp. nOvel2 alaf 21 lak masa ni baru nak naik cam 'pergilah sepi', 'jendela hati' dll. aku sampai tak tidOr malam bila layan 'lagenda budak setan'. memang masyuk.

pernah dengar permainan spirit? aku tahu benda ni tak silap aku masa baca novel 'awek blues' karya ahadiat akashah. permainan ni pOpular dikalangan budak2 asrama (tak tahulah sekolah lain. tapi permainan ni pOpular kat sekOlah aku). gila syirik. tapi masa tu bukan tau apa. baru tingkatan satu. seingat aku, permainan spirit ni ada 2 cara. satu guna jangka lukis satu lagi guna duit syiling. dalam novel tu, dia siap ajar macam mana nak main spirit guna syiling. gila weyh. makhluk tu payah nak blah. seram gak bila seniOr2 aku dOk cerita pasal permainan spirit ni sebab depa pernah main. aku tak pernah main. gila apa. da ah penakOt. hua3~

sejak akhir2 ni aku da pandai baca majalah yang berkaitan dengan hiasan dalaman cam anjung seri dan laman. aku makin tinggalkan kOmik dan majalah humOur cam ujang, apO dan blues selamanya. adakah itu petanda aku sudah semakin tua? haha. tak kiralah bahan bacaan tu ringan atau ilmiah, yang pasti membaca tak merugikan. ;)

"bacalah. bacalah dengan nama nama Tuhan yang menciptakan manusia. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah".

Friday, November 21, 2008

9. Mak, Semoga Panjang Umur



She used to be my only enemy and never let me be free
Catc
hing me in places that I knew I should not be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you. Mama , I care
Mama, I love you . Mama, my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about, about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love

~mama by spice girls~

mak, epy besday!!
smOga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ;)


Mama_Spice_Girls_S...

Thursday, November 20, 2008

8. Tujuh Perkara


kena tag dengan cik mawaddah.

share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

7 perkara pasal anak perempuan sulOng pak cik muhammad. hee~

1) aku tak suka minatang lembik dan berbulu - aku minta maaf banyak2 kalau dengan minatang2 spesis ni. tak kan sentuh. tak kan belai. yang tak leh blah, bila dua adik bOngsu aku start bela kucing. aishhh. geli seyh. jangan tak tau, dari aku sampai yang nO 5 semua geli kucing. macam mana ntah hafiz dengan nadiah leh jadi pencinta minatang pOn aku tak tau. bagi la siput babi ka, lipas ka, kura2 ka. tapi aku rayu sgt2 jangan la bagi yang lembik dan berbulu. eii~

2) aku suka bercakap - memang sejak azali kerja aku cakap, cakap, dan cakap. patut la abah dari kecik suruh aku jadi lawyer. pada siapa2 nak kahwin dengan aku tu, pikir la banyak kali. haha. jangan menyesal di kemudian hari. tapi mak akan pelik kalau aku diam satu hari. tu yang tak best sebab dari situ mak akan tau yang aku sebenarnya ada masalah. adik2 aku semua dah lali dengan bebelan aku. minta maaf la yer. alOng memang sukaaaaaaa sangat membebel.

3) bukan pemandu yang baik - aku tak nak hipOkrit. aku selalu rasa tak selamat kalau perempuan drive. aku selesa gila kalau abah atau adik2 laki aku drive. rasa lain. aku berani nak tidur. kalau perempuan, err, tak nak ah cakap. paham2 sendiri. tapi kalau bab menghafal jalan, serah kat aku. hihi. aku suka sesat. makin sesat, makin aku kenal dengan tempat tu. senang cerita, aku ni cO-pilOt yang paling best. haha. lesen tu kita wat atOk. kasik frame kat dinding.

4) aku cintakan muzik - habit aku. kalau nak kemas rumah, aku akan tutup tv. pastu pasang lagu. jOget2 dengan penyapu. indah gilakk. nak masak pOn camtu walaupOn Orang selalu cakap jangan nyanyi kat dapOr nanti dapat laki tua. tak takut. haha. sebab dapat laki sebaya. suara aku tak sedap. tapi kalau bab syOk sendiri, jangan risau. tu memang kepakaran aku. bagi la lagu dangdut ka, rOck kapak ka, balada yang mendayu2 ka, hip hOp ka, semua aku bantai sebab muzik tu universal. yehh!! mak selalu geleng kepala bila tengOk aku mengemas rumah sambil jOget2. memang masyuk. kih3.

5) segan dengan kamera - aku bukan fOtogenik mahupun fOtogedik. tak reti ah weyh nak ngada2 depan kamera. adakah itu dipanggil camera shy? aku lagi rela tak bergambar. wat muka ketat. Orang selalu cakap nanti leh wat kenangan la hape la. ala. simpan dalam hati cukup. tak kan lupa sampai mati. cam lawak lak tengOk gamba kecik2 dulu. macam mana ntah aku leh mesra kamera. aku kagum dengan mereka yang mesra kamera ni. pandai wat muka. sO, pada yang berkenaan tu, sila la buang semua gamba candid aku tu yekk.

6) hOmesick - siapa kata alOng a.k.a anak sulOng ni hati kental? haha. pernah duduk asrama tapi mak abah datang tiap2 minggu. tak pernah miss langsung. memang gilak manja. nak balik tapi warden tak bagi. sampai sekarang perangai ngada2 tu terbawa2. leh di katakan hampir tiap 2 minggu sekali aku balik jb. bukan ada apa pun. cuma hati aku ni memang terikat kat rumah. rumah kecik je. adik beradik ramai. tapi ada ke'best'an di situ. pastu bila balik mak selalu tanya, "nak makan apa?mak masakkan." perghh. nikmatnya~

7) i lOve reading - dari sebOdoh2 bahan bacaan hingga akta tu aku baca. akta tu tak yah cakap. naik muak. muntah hijau je selalu. aku suka layan majalah, nOvel. lagi best dari tengOk tv. dari kecik mak selalu hadiahkan buku. aku selalu berangan, nanti bila ada rumah sendiri aku nak wat mini library. nak letak semua buku. dari yang tak berfaedah hinggalah yang ilmiah. aku suka gak baca surat khabar. macam Orang bodOh kalau tak tahu perkembangan. dulu selalu kutuk abah baca surat khabar. aku cakap surat khabar tu untuk orang tua. sO, aku da tua ah ni eyh? ngee~

dOne!! da 7 kan? (mutiara naga ada 7 bijik semuanya) huee. aku malas nak tag2 Orang. siapa rasa nak wat, wat la. tak ada bantahan. ;)

Wednesday, November 19, 2008

7. Dilema


aku selalu tersepit dengan keadaan. keadaan di mana memerlukan aku untuk membuat pilihan. aku benci dengan keadaan begini. dapat pula orang seperti aku yang selalu keliru dalam membuat keputusan.

nampak ketarakah dilema di wajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu
~dugaan by hujan~

puas berbalah dan bertelagah di internet, bersambung pula di telefon. aduhai. hendak rasanya di belah sahaja badan kepada dua. satu untuk di sana. satu untuk di sini. tapi apakan daya, aku tak mampu.

kepada siapa lagi mahu aku mengadu? ya. hidup perlukan pengorbanan. duhai hati, bantulah aku. aku buntu. aku sedih. kawan, di mana kamu ketika aku perlu. janji hendak susah senang bersama.

angin, khabarkan kepada dia, aku betul2 keliru. kerut di dahi tak mampu aku sembunyikan. arghhhhh!! tekanannya!! kalau la aku mudah membuat keputusan.

*sigh*

Oh Tuhan, aku perlu sedikit petunjuk.