Sunday, June 22, 2008

cinta Rabiatul Adawiyah

2 minggu lepas aku balik rumah. Aku tidur kat bilik adik perempuan aku. Huhu. Esoknya, masa lepas aku kemas bilik tu, mata aku terpandang rak buku. Tak tau kenapa aku tertarik sangat2 kat buku yang ada kat rak tu walhal buku tu da lama kat situ. Siap berhabuk. Hihi. Aku letak penyapu then aku amek buku tu, "Kisah Rabiatul Adawiyah - Sufi Wanita dan Aroma Cinta Ilahi" written by Abu 'Ubaidillah Syariff. Menarikkan? Meh aku share pasal cerita Rabiatul Adawiyah ni, okay. =)

Nama sebenar Rabiatul Adawiyah ni Ummu al-Khair bin Ismail al-Adawiyah al-Qirsysyiyah. Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq. Terdapat perbezaan pendapat pada tahun kelahiran beliau. Ada yang berpendapat beliau telah dilahirkan pada 717 Masihi, 721 Masihi dan 714 Masihi. Tapi tahun terakhir lebih dipegang oleh ahli sejarah. Menurut Ibnu Khalikan, keluarga Rabiatul Adawiyah ni berketurunan suku Atiq.

Actually, ayah Rabiatul Adawiyah, Ismail berharap sangat2 anak ke-4 yang sedang dikandungkan oleh isterinya adalah lelaki sebab 3 orang anak yang beliau perolehi sebelum ni perempuan. Tapi Allah lebih mengetahui kan? Anak ke-4 tu pun adalah perempuan. Saat kelahiran bayi tu, keluarga Ismail ni berada dalam kemiskinan tetapi tidak pernah mengemis. Bagusnya. Ismail menamakan bayi yang baru lahir tu dengan nama Rabiah yang bermaksud "empat" kerana Rabiatul Adawiyah adalah anak ke-4. Pada mulanya, isteri Ismail tak setuju dengan nama tu sebab nama tu pelik dan buruk. Ismail rasa sedih sangat2. Akan tetapi, satu hari, masa Ismail sedang tidur beliau bermimpikan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi tu, Rasulullah s.a.w. berkata,"Janganlah kau bersedih kerana puterimu itu akan menjadi seorang wanita yang mulia sehingga banyak orang akan mengharapkan syafaatnya."

Keistimewaan dan kekuatan daya ingatan Rabiatul Adawiyah juga telah dibuktikan sejak zaman kanak2. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun. Kagumnya. Aku masa umur 10 tahun, baru pandai baca al-Quran. Huhu. Kepantasan Rabiatul Adawiyah menghafaz sudah diketahui kerana beliau sangat suka menghafaz. Beliau menghafaz dengan khusyuk, penuh iman yang mendalam, dan pemahaman yang sempurna. Selain itu, beliau seorang gadis yang solehah terutama selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia. Semasa hayatnya, beliau melalui pelbagai cabaran. Beliau pernah dijual sebagai hamba dan akhirnya di merdekakan.

Satu perkara yang aku perasan dalam buku ni, penulis ni tulis,"Rabiatul Adawiyah takut menikah". Meh aku cerita kenapa. Bila umur beliau dah cukup dewasa, beliau tidak pernah terfikir untuk berumah tangga. Beliau lebih rela memilih cara hidup yang zuhud, menyendiri dan beribadah kepada Allah sebab beliau takut bila beliau berumah tangga akan mengahalang perjalanannya menuju Allah.

Ramai lelaki masuk minang Rabiatul Adawiyah ni. Salah seorang darinya adalah Abdul Wahid Bin Zaid yang merupakan seorang ahli ilmu agama, zuhud dan alim. Rabiatul Adawiyah menolak lamarannya dan berkata,"Wahai orang yang bernafsu, carilah wanita lain yang juga sangat bernafsu sebagaimana dirimu. Apakah kau ada melihat tanda berahi dalam diriku?". Selain tu, Muhammad Bin Sulaiman al-Hasyimi, amir Abbasiyyah untuk Basrah pada ketika tu turut mencuba nasib. Hihi. Tapi seperti yang dijangkakan, Rabiatul Adawiyah ni reject pinangan tu walaupun telah ditawarkan mas kahwin yang mahal dan berkata,"Hal itu tidaklah menyenangkan aku, kamu akan menjadi hambaku dan semua yang kau miliki akan menjadi milikku atau kau akan memalingkan aku dari Allah dalam sebuah pertemuan peribadi."

Aku lebih tertarik pada cinta Hasan Basri terhadap Rabiatul Adawiyah. Seperti yang diketahui, Hasan Basri ni cikgu kepada Rabiatul Adawiyah. Dalam sebuah majlis para sufi, Rabiatul Adawiyah telah di desak untuk memilih seorang di antara para sufi sebagai suami. Then Rabiatul Adawiyah tanya antara mereka semua, siapa yang lebih layak menjadi suami beliau. Dengan sebulat suara, para sufi menjawab bahawa Hasan Basri yang paling layak.


Rabiatul Adawiyah tanya pada Hasan Basri,"Jika kau dapat menjawab empat pertanyaan, aku akan menjadi isterimu." Hasan Basri menjawab,"Katakanlah dan jika Allah mengizinkan, aku akan menjawab pertanyaan mu itu." Kemudian Rabiatul Adawiyah bertanya,"Adakah aku ketika meninggal dunia dalam keadaan muslim atau kafir?" Then Hasan Basri replied,"Itu adalah rahsia dan hanya Allah saja yang tahu rahsia itu." She asked,"Bila saya masuk dalam kubur dan ditanya oleh Munkar-Nakir, mampukah aku menjawab mereka?"Hasan Basri answered,"Itu juga rahsia."Berikutnya Rabiatul Adawiyah tanya,"Bila manusia dikumpulkan pada hari kebangkitan dan buku-buku dibahagikan, berapa ramai yang menerima buku dengan tangan kanan dan berapa ramai yang menerima dengan tangan kiri?" Hasan Basri hanya mampu menjawab,"Ini juga adalah rahsia." Terakhir, Rabiatul Adawiyah bertanya,"Bila di akhirat, berapa orang yang akan masuk syurga dan neraka,di antara kelompok2 itu, kelompok manakah aku?" Seperti yang dijangka, jawapan Hasan Basri adalah sama sebagaimana sebelumnya. Then Rabiatul Adawiyah berkata,"Kerana aku mempunyai 4 pertanyaan yang merupakan keprihatinan peribadiku, bagaimana aku akan menemukan seorang suami yang tidak dapat menjadi tempat ku bersandar?" Huhu. Agak2nya, Hasan Basri tergamam tak? Hihi.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal Rabiatul Adawiyah. Tapi hanya ini yang temampu. Hehe. Mengenai kewafatan Rabiatul Adawiyah, Muhammad Bin Amr berkata,"Aku datang melihat Rabiatul Adawiyah, beliau seorang wanita yang sudah tua, berusia 80 tahun, seolah2 kelihatan seperti tempat air yang hampir jatuh dari gantungnya."


Ketika ajalnya hampir tiba, Rabiatul Adawiyah memanggil Abdah Binti Abu Shawwal yang merupakan teman yang paling baik dan setia. Kepada Abdah, beliau berpesan,"Janganlah kematianku sampai menyusahkan orang lain, bungkuslah mayatku dengan jubahku." Menjelang ajal, Rabiatul Adawiyah menolak sesiapa yang ingin menziarahnya. Beliau berkata,"Bangun dan keluarlah. Lapangkan jalan malaikat yang akan datang menjemputku." Selepas orang2 di sekitar Rabiatul Adawiyah beredar, terdengar suara beliau mengucap 2 kalimah Syahadah, lalu terdengar suara menjawab,"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan senang dan mendapat keredhaan. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

Berbagai sumber menyebutkan bahawa Rabiatul Adawiyah wafat pada tahun 185 Hijrah (801 Masihi). Manakala tempat wafat dan makamnya tidak diketahui secara pasti. Ada yang menyebutkan beliau dikuburkan di Jerussalem. Tapi pendapat ni juga dibantah sebahagian ahli sejarah. Huhu. Tak apa. Yang penting, telah tercatat dalam sejarah Islam lahirnya seorang sufi wanita yang sangat zuhud dan cintakan Tuhannya.

Hihi. Tu je yang mampu aku share. Nak lebih? Sila cari sendiri. Kih3. Pastu aku amek balik penyapu dan aku letak balik buku tu kat rak. Harap2 janganlah buku tu berhabuk balik. Hehe. Dah abesssss..~~~


p/s: Hihi. Tiba2 teringat kat kawan2 sekolah aku nama Rabiatul Adawiyah dan Hasan Basri. wink2!!^^




No comments:

Post a Comment