Tuesday, February 3, 2009

46. Mimpi


"jika hadirmu suatu mimpi, aku rela tidur sepanjang hari"

Monday, February 2, 2009

Sunday, February 1, 2009

44. Seni

Justify Full
siyes. coOl gila. aku naik teruja tengOk hasil kerja abang sepupu aku. sangat coOl dan sangat seni.

tadi dOk usha faceboOk beliau. gamba2 yang beliau capture memang superb. bOleh cOp jadi photographer nanti. wee.

secara tak langsung dan tanpa pengetahuan beliau, aku sebagai sepupu yang prihatin dan cOmel nak prOmote fotOpages dan deviantart beliau. mana tau ada yang berminat nak cari photographer untuk majlis pertunangan atau hari bahagia kan? untuk majlis kOnvOkesyen, majlis harijadi pOn bOleh. sesiapa yang berminat, sila la usha sini dan sini lagi.

itu sahaja untuk iklan hari ini. terima kasih. hihi.

Saturday, January 31, 2009

43. Plucking Strawberries And Blooming Daisies


i’ve been

"plucking strawberries"

and

"blooming daisies"

not anymore, not just yet.

life is a roller-coaster.

once you’re up in the sky.

the next,

you’ll be plunged down.

i’m on the ground once more.

i know i shouldn’t be feeling this.

i should be happy.

but only superficially, i can.

my heart aches.

others have found their way,

what will become of me??



it’s cold today.


~sarah mOhd rashid~

Friday, January 30, 2009

42. Cinta Dan Bas



blOg. hOpping.

macam biasa. hObi aku usha blOg orang. tiba2 terusha satu blOg ni. aku curik entry dia yang cam besh ni. meh aku share.

tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

♥ - bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"eii. penuhnya. tak de tempat duduk." jadi, awak katakan pada diri awak, "saya akan tunggu bas yg lain." awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. kemudian, datang pula bas yang kedua.

♥ - awak tengok bas tu dan awak akan cakap "eii. bas ni buruk sangat. mesti tak selesa dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

♥ - setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "hmm. tak de air-cond. cuaca pula panas. lebih baik saya tunggu bas yangg lain."

♥ - dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

♥ - dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak dah naik bas yg salah. jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak.

♥ - walaupun yang datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

♥ - jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang awak idamkan tu memang tak salah.

♥ - tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

♥ - tapi, saya pasti awak tentu ada pengalaman yg macam ni. awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak.

♥ - haha. bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah berjalan.

♥ - kurang bijak sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu, semuanya terpulang pada diri awak.

♥ - janganlah menyesal jika seseorang tu selama ini berada di depan kita tanpa kita mengetahuinya, bahawa dia lah orangnya kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dunia & akhirat.

fikir2 kan lah sama ada anda nak naik bas yang mana satu,

atau

nak terus berjalan.

Thursday, January 29, 2009

41. Karma


bilamana pak lOng aku duk sibuk nak carikan jodoh untuk aku, aku mula jemu dan muak dengan situasi sebegini. 22 tahun. muda lagi kan? ke da tua sangat? pelik.


"cari anak prOfessOr."
"err. tak nak lah. penting sangat ke status anak prOfessOr tu? alOng lagi rela kahwin dengan anak nelayan. cukup sekadar dia rajin untuk ubah cara hidup dia dari kahwin dengan anak yang harapkan duit mak bapak."

aku rasa aku da tolak dengan cara paling lembut. ke tu da kira kurang ajar? hehe.

"bang lOng, kita nak kat anak prOfessOr. anak prOfessOr tu nak ke kat anak kita?"

walah!! mak, mak memang terbaik lah. tersengih lebar aku kat sebelah mak. kadang2 manusia ni harap manusia lain untuk jadi sempurna. tapi sempurna ke kita untuk orang lain? maaf. mungkin berbelit.

ni bukan entry marah kat pak lOng aku okeh. haha. jangan salah paham lak. pak lOng aku tu cuma mukadimah kepada bebelan seterusnya.

kadang2 kita harap untuk orang lain berbudi bahasa, menjaga tatasusila, hormat orang tua tapi diri kita tu berbudi bahasa sangat kah? anak kita tu hOrmat orang tua kah?

what yOu give, yOu get back. karma.

bila anak kita mula kurang ajar, kita mula gelabah salahkan anak Orang lain. lupa. lupa yang kita patut didik, "anak, kau yang salah". ajaran terbaik datang dari rumah. sebat anak sendiri lebih mulia dari tunding jari ke anak orang walaupun sebenarnya anak kita yang salah.

menuju ke arah kesempurnaan itu bagus tapi janganlah diharap kesempurnaan yang sempurna dari orang lain. entahlah. aku betul2 bengang dengan orang yang hipOkrit. kata diri baik walhal perangai tak ubah macam dajal. kasar. maaf.

aku kalau boleh tak mahu pandang kebelakang. pedih. perit. pengalaman memang betul2 ajar aku. aku macam lalui sebuah terOwong yang cam haram tak nampak langsung cahaya. betul. kita kena belajar dari sejarah. tapi aku memang tak mahu ingat tentang sejarah tu lagi.

aku nak pandang kehadapan. aku rasa aku da mula nampak cahaya walaupun cahaya tu hanya sebesar lubang jarum. sekurang2nya aku mampu untuk terbang balik walaupun sayap aku cedera parah.

syukur. cara terbaik untuk berterima kasih. orang kata, sebaik2 kawan adalah musuh kita. betul juga. tu cermin yang terbaik sebab hanya musuh yang akan cakap perkara benar pasal diri kita.

cermin diri sebelum tunding jari pada orang lain.

cukup sempurnakah aku untuk orang lain?

Monday, January 19, 2009

40. Takdir Cinta


Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta ketulusan hati
Yang mengalir lembut

Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh
Pada sumur dosa yang terkutuk
Dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa
Lebih adil pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan tuntunlah hatiku

~Takdir Cinta - Rossa~

tengah fight untuk test law of successiOn. tekanan. huhu. da la malam esOk clOsing spOrt carnival mula pukul 8.30 malam. cOnfirm duk kat male spOrt cOmplex sampai habis. nak tak nak kena pergi. naik pentas. hihi. bukan selalu kan? :) amik medal untuk netball. dapat perak. basketball dapat emas. futsal dapat perak. vOlleyball dapat gangsa. yang lain apa cerita? guys, cOngrats!! nice teamwOrk. spOrt carnival, jumpa lagi tahun depan. ;) pastu pagi rabu terus ada test. mati. mana nak curi masa untuk buat sOalan tutOr lagi, buat mOoting lagi. adOiyai. wani, stay fOcus.

Saturday, January 17, 2009

39. Tiada Sebab


Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik tersebut. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Begini dialog mereka:

Isteri: "Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?"

Suami: "Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang."

Isteri: "Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?"

Suami: "Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang."

Isteri: "Tak boleh beri bukti! Tak nak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai dan dicintai. Dalam bentuk puisi dan lagu pula tu."

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah. Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak kaki sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang."

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

"Sayang, jika disebabkan suara aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu bersuara? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu tunjukkannya? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu tersenyum? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu melangkah? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang aku tidak mempunyai sebab mencintai kamu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai kamu yang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat ataupun dipegang. Namun begitu, ianya boleh dirasai dalam hati."



Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun wajahmu, pelita yg terang

Hatiku mahumu
Rupamu
Masih, masih, masih, masih

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik

Itu Kamu

Tiada mengapa tau pun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya

~Itu kamu - Estranged~

Friday, January 16, 2009

38. Career Test


tiba2 tergerak hati nak buat career test ni. haha. sedikit meleset dari sangkaan aku lepas tengOk result. aku dapat test ni dari website ni. meh aku tunjuk tOp sepuluh kerjaya yang mungkin dekat dengan hati aku berdasarkan test ni. (sedikit pelik bilamana test ni hanya menggunakan warna)

1. dental assistant - takkan sebab aku pernah pakai braces dan gigi aku da cun gila, kerja ni serasi dengan aku?

2. wOrd prOcessing - ni lagi satu. adakah disebabkan mak abah aku academic and nOn-academic staff kat utm, secara tak langsung kerja ni sesuai dengan aku? atau adakah disebabkan aku pernah kerja di badan cemerlang boOkstOre? sebuah kedai buku yang cukup pOpular di jOhor bahru sehingga mph tutup kedai beb. haha.

3. psychOlogy - huyOo!! saikO ke aku ni? haha.

4. fOod sciences and human nutritiOn? tak layak aku rasa sebab aku makan tanpa mengira yang mana satu lemak dan yang mana satu bukan lemak. piramid makanan pun aku tak hafal. lalala.

5. medical assistant - memang hasrat aku nak jOin mercy atau aman malaysia.

6. nursing aides and psychiatric aides - layak ke?

7. homemaker (hOme health aides) - kenapa kebanyakan berkaitan dengan kesihatan? aku salah amik cOurse ke?

8. law - haha. finally.

9. nursing - tak tahu nak tulis macam mana lagi. tengah dilanda sindrOm kepelikan sebentar.

10. OccupatiOnal theraphy or assistant - terapi? ikan? spa? lulur? skrub? facial? haha.

berdasarkan test ni, kebanyakan bidang aku sepatutnya aku ambil adalah lebih menjurus kepada perubatan. aku jadi bOmoh jugak nanti kang. untuk tenaga batin ke. suruh sangat aku buat terapi. jadi bidan pun mencabar gak. pakar sakit puan ke. haha.

satu je yang berkaitan dengan undang2. aku bajet yang pertama adalah suri rumah. haha. tu memang cita2 aku. kOsmet aku semua da tahu sejak matrikulasi lagi. bila pensyarah tanya, "wani, lepas grad awak nak jadi apa?", kawan2 akan membantu dengan senang hati, "jadi suri rumah, sir." senang kerja aku. haha.

walau setinggi langit kedudukan aku pada masa hadapan, aku tetap ingat pada tanah yang pernah berjasa pada aku.

tapi andai kata awan tak sempat aku gapai, aku tetap pandang ke atas tanpa putus asa. :)

*sekurang2nya aku dapat gak idea nak ambil subjek elektif apa untuk sem depan. ;) medical law atau cOpyright? lalala*

Thursday, January 15, 2009

37. Suzuki Swift Sport Edition


~suzuki swift spOrt editiOn~
rm80k ++
lalala.

Wednesday, January 14, 2009

36. Cinta Dan Ujian


apa itu cinta dari perspektif seOrang lelaki? azlan cakap cinta itu...


"Z rasa dia kenal apa itu cinta. Aku pun rasa macam tu. Aku rasa aku kenal cinta.

Cinta adalah bila ada ada masalah kita cari dia. Atau bila ada masalah kita salahkan dia. Cinta adalah bila kita menangis kita pinjam bahu dia. Tapi kita mungkin jatuh sebelum kita sempat panjat untuk sampai ke bahu dia. Kerana dia tinggi.

Cinta adalah bila kita jumpa seseorang sudah tak ada cinta untuk orang itu. Atau ada pilihan; buang cinta lama.

Cinta perlu duit. Cinta juga boleh tanam duit. Kita boleh hidup dengan sekadar berbekalkan cinta.

Cinta adalah sebelum tidur telefon cakap goodnight. Cinta seperti cinta yang kita tengok dalam Peti Televisyen setiap Khamis jam 2:00 petang di TV swasta.

Cinta adalah berlari mengejarnya masuk ke dalam balai perlepasan airport walaupun tanpa tiket.

Cinta bila kita sanggup makan racun. Cinta buat kita tersenyum 24/7 tanpa makan dan mandi. Berjam-jam di depan laptop,dan matahari pun ada alasan nak rindu kat kita.

Aku tipu,aku tak tahu apa-apa pasal cinta. Apa yang aku pasti,cinta macam keluarkan kepala dari tingkap kereta 50km/j sambil tangan kau buat macam kapal terbang. Fiyuu~~"

itu kata azlan.

"pada aku cinta itu ujian.

ada orang bercinta bertahun2 tapi akhirnya putus macam tu je. bukankah itu satu bentuk ujian?

ada orang pula bercinta baru sebulan dan kemudian berkahwin tapi tanpa restu. itu adalah ujian.

lain orang bercinta tanpa mengenali antara satu sama lain. ini sememangnya ujian.

ada yang bercinta, kemudian berkahwin dengan restu tapi tunggu bertahun2 untuk dikurniakan anak. itu juga satu ujian.

lain cerita, ada yang disatukan oleh keluarga. nampak bahagia dengan restu. bunting pelamin. bila dilahirkan, anak itu cacat. ia juga adalah ujian.

cinta dan ujian datang dalam bentuk pakej. pakej yang sempurna dan saling melengkapi. cuma ia terpulang pada kita bagaimana untuk kawal kedua2nya."

kecintaan kepada tuhan bOleh dilihat bilamana anak2 di palestin berjuang atas nama syahid. bila mereka dilemparkan ujian menjadi pelarian di bumi sendiri. hanya berbekalkan senjata ketulan2 batu kecil, semangat mereka untuk mengejar syurga tuhan tidak pernah luntur.

"maka nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (ar-rahman : 13)

ibubapa menangis melihat anak2 mereka mati dalam keadaan menyedihkan. israel perlu malu. berperang tanpa etika. nabi Allah sendiri telah tetapkan peraturan dalam berperang. jangan dibunuh kanak2, orang2 tua, perempuan. jangan diruntuhkan rumah ibadah. buta tulikah mereka?

sedih bukan? tapi apa sumbangan kita?

Tuesday, January 13, 2009

35. Tak Bisa Memiliki II


Apakah yang engkau cari
Takkan temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Fahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu
Sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

~Tak bisa memiliki - Samsons~

Monday, January 12, 2009

34. Tak Bisa Memiliki I


Bila
Waktu ku tersisa
Untuk selalu di sisi
Menjaga hatimu

Aku
Kan selalu mencuba
Berikan yang terbaik
Untuk kau miliki

Tapi maafkan aku
Waktu ku hanya sesaat

Aku tak bisa memiliki
Menjaga cintamu
Walau sesungguhnya hati ku mencintaimu, memilikimu
Aku tak ingin kau terluka
Mencintai aku
Hapuslah air matamu dan lupakan aku

Sendiri
Di batas asa ku
Hanya ingin kau bahagia
Jalani hidupmu

~Tak bisa memiliki - Dygta~

Wednesday, January 7, 2009

33. You Complete Me


"i love yOu. yOu cOmplete me."
"shut up. just shut up. yOu had me at hellO. yOu had me at hellO."

dialOg paling pOpular dalam filem jerry mcguire lakOnan tOm cruise dengan renee zellweger. kemudian dialOg tu dimanipulasikan oleh jOker dalam filem the dark knight. haha.

"by saying something stupid like i love you."

antara bait2 lirik dalam lagu sOmething stupid nyanyian rObbie williams dan nicOle kidman yang pernah pOpular masa aku sekOlah rendah dulu.

"hOw i wish i cOuld make him the happiest persOn in this wOrld, give less burden, be mOre understanding, lOve him the way he loves me. hOw i wish i cOuld be that girl."

kata2 ni diambil melalui satu blOg yang tidak aku kenal empunya blOg itu. mungkin dia mahu berkOngsi rasa. seperti biasa, aku cuma 'pembaca senyap'.

"tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat.
tidak mungkin semua perempuan yang menjalangkan kamu itu kejam.
tidak mungkin semua perempuan yang menghina kamu itu binatang."

terbaik dari kak fynn. sememangnya aku sangat2 setuju dengan kata2 ni. mungkin pada zahirnya aku kuat membangkang, tapi ada ketika aku setuju tanpa alasan.

saja mahu berkOngsi rasa. rasa yang aku sendiri tak tahu macam mana nak tafsirkan. ada idea? hihi.

cuma mungkin tangan ni gatal untuk menaip sesuatu. haha. maaf. blOg aku sangat tidak ilmiah. mahu rencana atau bahan ilmiah? gOogle sahaja. musti ada.

satu perkara, kenapa aku rasa kaki tidak jejak bumi? terbang diawang2an. haha. tOlong. aku sangat tidak selesa.

Tuesday, January 6, 2009

32. I Love Being Single


"Aku ada ruang sendiri
Jangan tanya kenapa dan mengapa
Dewasa adalah aset aku
Ceria selalu hingga ke tahap maksimas
Terbang bersama aku
Jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
Aku tahu apa yang aku buat
Tapi kamu takkan pernah tahu!
Hidup ini mesti bebas
Makan,minum,tidur
Atau jangan buat apa-apa!
Ini adalah kehendak termaksima aku
Tapi di hujungnya pasti ada sempadan
Ingat itu"

~Fatihah Zubir~

coOl kan ayat ni? atau aku sOrang je yang rasa ke'coOl'an ayat ni?

aku ambil dari faceboOk kawan. ayat ni buat aku tersenyum. ayat yang penuh dengan ekspresi tentang diri. mungkin luahan hati. mungkin juga penerangan pada apa yang dia tengah rasa.

lupa. ini entry pertama untuk tahun masihi 2009. tak ada apa yang menarik. sengaja menyibukkan diri yang sememangnya sibuk.

cuma kebelakangan ni hati aku terusik mengenai pencabulan terhadap palestin. tuhan, engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.

sebenarnya aku sedang mengulangkaji matapelajaran undang2 keluarga 2. bab pertunangan dalam islam. menarik bukan? hihi. patut la mata aku bulat. buat persediaan untuk tutOrial esOk. sambil tu layan mesej man.

hampir tiga minggu dia kat malaysia. perkara paling aku tidak suka adalah menghitung hari. ada kira2 40 hari lagi. tak jumpa pun tak apa. berkOngsi udara sudah cukup buat aku rasa dekat dengan dia.

hubungan jarak jauh. lagi indah. tak percaya? tanya sama aku. kat situ boleh uji tahap kesetiaan diri sendiri. dapat pula aku ni jenis yang nakal. haha. gurau. jauh tapi rasa dekat. ya. melalui kemajuan teknOlogi tanpa sempadan yang tidak disalahguna.

kenapa bercerita mengenai dia? rindu? tak. cuma teringat. lalala. *ayat cOver*

banyak benda yang berlaku. sejak kejadian baling handphOne, hati aku jadi sedih. malas untuk aku bercerita mengenai kejadian tu. mahu lupa kalau boleh.

terima kasih kepada kawan2 aku. mereka kata aku perempuan egO. tidak reti menghargai peluang. (berdasarkan pemerhatian mereka bila kami berada 3 hari di negeri orang). kamu, kamu, kamu tidak tahu apa yang aku rasa. aku hanya mampu tersenyum pahit. aku tidak hebat dalam mengOlah alasan.

jangan terkejut andai suatu hari nanti aku suka perkataan, "i lOve being single".