
Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik tersebut. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Begini dialog mereka:
Isteri: "Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?"
Suami: "Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang."
Isteri: "Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?"
Suami: "Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang."
Isteri: "Tak boleh beri bukti! Tak nak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai dan dicintai. Dalam bentuk puisi dan lagu pula tu."
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah. Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak kaki sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang."
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
"Sayang, jika disebabkan suara aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu bersuara? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu tunjukkannya? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu tersenyum? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai kamu, sekarang bolehkah kamu melangkah? Tidak. Oleh itu aku tidak boleh mencintai kamu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang aku tidak mempunyai sebab mencintai kamu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai kamu yang dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat ataupun dipegang. Namun begitu, ianya boleh dirasai dalam hati."
Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang
Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun wajahmu, pelita yg terang
Hatiku mahumu
Rupamu
Masih, masih, masih, masih
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu
Tiada mengapa tau pun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya
~Itu kamu - Estranged~
No comments:
Post a Comment