apa itu cinta dari perspektif seOrang lelaki? azlan cakap cinta itu...
"Z rasa dia kenal apa itu cinta. Aku pun rasa macam tu. Aku rasa aku kenal cinta.
Cinta adalah bila ada ada masalah kita cari dia. Atau bila ada masalah kita salahkan dia. Cinta adalah bila kita menangis kita pinjam bahu dia. Tapi kita mungkin jatuh sebelum kita sempat panjat untuk sampai ke bahu dia. Kerana dia tinggi.
Cinta adalah bila kita jumpa seseorang sudah tak ada cinta untuk orang itu. Atau ada pilihan; buang cinta lama.
Cinta perlu duit. Cinta juga boleh tanam duit. Kita boleh hidup dengan sekadar berbekalkan cinta.
Cinta adalah sebelum tidur telefon cakap goodnight. Cinta seperti cinta yang kita tengok dalam Peti Televisyen setiap Khamis jam 2:00 petang di TV swasta.
Cinta adalah berlari mengejarnya masuk ke dalam balai perlepasan airport walaupun tanpa tiket.
Cinta bila kita sanggup makan racun. Cinta buat kita tersenyum 24/7 tanpa makan dan mandi. Berjam-jam di depan laptop,dan matahari pun ada alasan nak rindu kat kita.
Aku tipu,aku tak tahu apa-apa pasal cinta. Apa yang aku pasti,cinta macam keluarkan kepala dari tingkap kereta 50km/j sambil tangan kau buat macam kapal terbang. Fiyuu~~"
itu kata azlan.
"pada aku cinta itu ujian.
ada orang bercinta bertahun2 tapi akhirnya putus macam tu je. bukankah itu satu bentuk ujian?
ada orang pula bercinta baru sebulan dan kemudian berkahwin tapi tanpa restu. itu adalah ujian.
lain orang bercinta tanpa mengenali antara satu sama lain. ini sememangnya ujian.
ada yang bercinta, kemudian berkahwin dengan restu tapi tunggu bertahun2 untuk dikurniakan anak. itu juga satu ujian.
lain cerita, ada yang disatukan oleh keluarga. nampak bahagia dengan restu. bunting pelamin. bila dilahirkan, anak itu cacat. ia juga adalah ujian.
cinta dan ujian datang dalam bentuk pakej. pakej yang sempurna dan saling melengkapi. cuma ia terpulang pada kita bagaimana untuk kawal kedua2nya."
kecintaan kepada tuhan bOleh dilihat bilamana anak2 di palestin berjuang atas nama syahid. bila mereka dilemparkan ujian menjadi pelarian di bumi sendiri. hanya berbekalkan senjata ketulan2 batu kecil, semangat mereka untuk mengejar syurga tuhan tidak pernah luntur.
"maka nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (ar-rahman : 13)
ibubapa menangis melihat anak2 mereka mati dalam keadaan menyedihkan. israel perlu malu. berperang tanpa etika. nabi Allah sendiri telah tetapkan peraturan dalam berperang. jangan dibunuh kanak2, orang2 tua, perempuan. jangan diruntuhkan rumah ibadah. buta tulikah mereka?
sedih bukan? tapi apa sumbangan kita?
No comments:
Post a Comment