Tuesday, January 6, 2009

32. I Love Being Single


"Aku ada ruang sendiri
Jangan tanya kenapa dan mengapa
Dewasa adalah aset aku
Ceria selalu hingga ke tahap maksimas
Terbang bersama aku
Jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
Aku tahu apa yang aku buat
Tapi kamu takkan pernah tahu!
Hidup ini mesti bebas
Makan,minum,tidur
Atau jangan buat apa-apa!
Ini adalah kehendak termaksima aku
Tapi di hujungnya pasti ada sempadan
Ingat itu"

~Fatihah Zubir~

coOl kan ayat ni? atau aku sOrang je yang rasa ke'coOl'an ayat ni?

aku ambil dari faceboOk kawan. ayat ni buat aku tersenyum. ayat yang penuh dengan ekspresi tentang diri. mungkin luahan hati. mungkin juga penerangan pada apa yang dia tengah rasa.

lupa. ini entry pertama untuk tahun masihi 2009. tak ada apa yang menarik. sengaja menyibukkan diri yang sememangnya sibuk.

cuma kebelakangan ni hati aku terusik mengenai pencabulan terhadap palestin. tuhan, engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.

sebenarnya aku sedang mengulangkaji matapelajaran undang2 keluarga 2. bab pertunangan dalam islam. menarik bukan? hihi. patut la mata aku bulat. buat persediaan untuk tutOrial esOk. sambil tu layan mesej man.

hampir tiga minggu dia kat malaysia. perkara paling aku tidak suka adalah menghitung hari. ada kira2 40 hari lagi. tak jumpa pun tak apa. berkOngsi udara sudah cukup buat aku rasa dekat dengan dia.

hubungan jarak jauh. lagi indah. tak percaya? tanya sama aku. kat situ boleh uji tahap kesetiaan diri sendiri. dapat pula aku ni jenis yang nakal. haha. gurau. jauh tapi rasa dekat. ya. melalui kemajuan teknOlogi tanpa sempadan yang tidak disalahguna.

kenapa bercerita mengenai dia? rindu? tak. cuma teringat. lalala. *ayat cOver*

banyak benda yang berlaku. sejak kejadian baling handphOne, hati aku jadi sedih. malas untuk aku bercerita mengenai kejadian tu. mahu lupa kalau boleh.

terima kasih kepada kawan2 aku. mereka kata aku perempuan egO. tidak reti menghargai peluang. (berdasarkan pemerhatian mereka bila kami berada 3 hari di negeri orang). kamu, kamu, kamu tidak tahu apa yang aku rasa. aku hanya mampu tersenyum pahit. aku tidak hebat dalam mengOlah alasan.

jangan terkejut andai suatu hari nanti aku suka perkataan, "i lOve being single".

No comments:

Post a Comment