blOg. hOpping.
macam biasa. hObi aku usha blOg orang. tiba2 terusha satu blOg ni. aku curik entry dia yang cam besh ni. meh aku share.
tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
♥ - bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"eii. penuhnya. tak de tempat duduk." jadi, awak katakan pada diri awak, "saya akan tunggu bas yg lain." awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. kemudian, datang pula bas yang kedua.
♥ - awak tengok bas tu dan awak akan cakap "eii. bas ni buruk sangat. mesti tak selesa dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
♥ - setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "hmm. tak de air-cond. cuaca pula panas. lebih baik saya tunggu bas yangg lain."
♥ - dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
♥ - dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak dah naik bas yg salah. jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak.
♥ - walaupun yang datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
♥ - jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang awak idamkan tu memang tak salah.
♥ - tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
♥ - tapi, saya pasti awak tentu ada pengalaman yg macam ni. awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak.
♥ - haha. bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah berjalan.
♥ - kurang bijak sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu, semuanya terpulang pada diri awak.
♥ - janganlah menyesal jika seseorang tu selama ini berada di depan kita tanpa kita mengetahuinya, bahawa dia lah orangnya kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dunia & akhirat.
fikir2 kan lah sama ada anda nak naik bas yang mana satu,
atau
nak terus berjalan.