Friday, November 28, 2008

14. Take My Heart By Soko


~Take my heart by sOko~


You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so


Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

p/s: lagu take my heart ni de kat music cOrner..nun di sebelah kanan..weee~ ;)

Thursday, November 27, 2008

13. Kesetiaan


aku cuma nak minta maaf kepada sesiapa yang tidak selesa bila aku menukar link. aku juga nak minta maaf kepada kamu, kamu, kamu yang me'link'kan blOg aku. minta maaf kerana menyusahkan. cuma aku harap sgt jangan di nilai tahap kesetiaan aku hanya kerana aku menukar link. tak faham? tak mengapa. walaupun aku berpegang kepada kata2, "blOg aku, suka hati lah aku nak wat apa", tapi kena gak ada rasa sensitiviti terhadap alam sekeliling. kalau tak sensitif, baik duduk dalam hutan kan? ;) terima kasih kerana me'link'kan aku dengan blOg kamu, kamu, kamu walaupOn tanpa aku pinta. apa2 pun, meh layan cerita dari kak fynn yang agak panjang ni. hihi. tentang kemaafan. ;)

p/s: era tetap dihati walaupun ramai beralih arah ke hotfm. wink2~ (^_~)

-------------------

ritual internet aku sangat mudah dan senang.
begitu tersusun prosedurnya, sehingga kalau tri yang bukakan tingkap2 mukasurat, dia tahu butang yang mana untuk diklik.

1) blogger
2) gmail
3) myspace

elok molek aku rapikan di bookmark tabs.

aku pasti aku kini salah satu daripada jutaan manusia accute cyberworld junkies. sehari tanpa perhubungan maya, mati. buka mata, teringat entri. sebelum tidur, teringat email yang masih belum dibalas.

niaya betul.

seperti aku, pasti engkau juga bagai dibakar api tanpanya. menggelitik bila lebih 5 jam tanpa nyawa virtual. dan seumpama lebih 5 dari 10 orang di luar sana, kita sudah lupakan buku2 tebal untuk makanan mata. skrin terang dan menyilaukan sudah jadi prioriti.

aku sekarang hanya menyelak naskah suratkhabar lewat pautan2 yang aku klikkan.

untuk seorang aku, itu sudah suatu yang hebat. aku benci membaca sejak dahulu lagi. kalau bukan kerana peperiksaan, tidak ada hingin langsung memegangnya. cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini).

cikgu wani, kamu jengkel tidak sama pelajar seperti saya?
:p

bila difikirkan semula, akulah itu yang memang dari dahulu lagi merimaskan sesetengah kaum. bukan pada guru2 (syukur atas itu), tapi disalahfaham beberapa golongan yang tidak kenal manusia ini. akulah itu yang tidak akan berhenti bertanya selagi aku tidak puas. akulah itu yang degil hendak tahu kenapa kalau yang aku ertikan pada awalnya sedemikian2 tapi berakhir dengan sekian2 yang berbeda.

haha.
aku.

aku paling ingat sekali itu yang aku angkatkan tangan dan menyangkal salah seorang pensyarah yang paling digeruni, Dr. Shahibuddeen dari iraq. dia, ketika itu, sedang ajarkan tentang sovereignity. tentang daulat.

dia yang sedang menghujah ttg daulat seorang raja di sesebuah negara perasan jemari aku yang menjangkau angin di atas kepala.
dia tenung wajah aku, senyum sebelah.

*versi translasi*

"ya?"
"ini di luar topik. tapi saya hendak tanya, sebenarnya apa fungsi seorang raja, sultan, et cetera. saya tahu sejarah, doktor. cuma saya tidak faham"
"di mana yang kamu tidak dapat tangkap?"
"di bahagian mereka dapat wang kerana menjadi ketua negara"
"itu masalahnya?"
"ya. kerana saya orang miskin"

kelas ketawa kuat.
untuk pertama kalinya, pensyarah itu gelak di hadapan kami.

"siapa suruh atuk kita bukan raja2, kan? atuk kita patut disalahkan"

:)
haha.

dan aku juga teringat sama Prof Qayyum dari bangladesh, ketika aku minta dia jadi penyokong permohonan master dua tiga tahun lepas. aku ini dari kecil memang paling tidak tahu bagaimana hendak mengendeng superior. satu2nya waktu aku berinteraksi sama guru2 adalah di dalam kelas. (kerana itu pelajar aku sentiasa aku amarankan untuk tidak sekali2 menggedik dan berbaik2 sama aku semata2 untuk menjadi teacher's pet).

terketar2, aku tanya:

*masih versi translasi*

"prof, maaf. saya tahu prof tidak cam saya--"
bersahaja dan pantas, dia potong suara aku "--oh saya cam kamu"
"betul?"
"kamu pelajar pertama yang berani berdebat sama saya"

*sengih*

dia seorang pensyarah lelaki. tapi seorang feminis. dia mengajar kami sastera dunia, dan hari itu sepesifiknya, kami berbincang tentang satu tulisan dari iran. hujahnya pada hari itu adalah pemakaian tudung secara paksaan.

aku tidak salahkan ia kerana dia dari mazhab lain. budaya mereka bukan seperti di malaysia. dia katakan di dalam kelas aku, pemakaian tudung pada perempuan sepatutnya atas kerelaan hati, dengan ikhlas, blablabla.

dan ingat lagi ketika aku pangkah dia.
hahahaha.
dem.
aku sangat ingat.

dan aku paling tak akan lupa provokasi dia. debat dan debat, namun setiap kali aku hendak berhenti, dia suruh aku sambung membebel lagi.

sejak itu, kalau aku angkat tangan, dia sudah tahu. mesti ada sesuatu. sehingga kadang2 dia akan tanya, "ada soalan untuk hari ini, anak muridku?"

:)
kurang asam.

*tiba2 terdiam*

eh. entah2 selama itu dia cuma menjolok komunikasi. saja2.
shit.
qayyum, you're the best, sir.

aku rindu zaman itu. zaman belajar. zaman ilmu itu masih subjektif dan terbuka untuk diskusi. salah, dibincangkan. betul, dikongsikan.

waktu di keliling mereka2 yang gila membaca. dan hanya dengan berbual ketika minum teh di petang2, aku dapatkan informasi2 di luar jangkau telaah aku.

scott. mengenai cinta pentas.
sheena. bual puisi dan ideologi.
tg sarah. ttg hati halus.
anna. seni dan kreativiti.
eddrey. fesyen.

ramai lagi.

banyak sangat bertanya ada pro dan kontranya. dapat ilmu, itu sudah pasti. dapat musuh, ada juga sekali2. sebab orang banyak bertanya itu leceh.

aku pun ada masa rasa mahu sepak sesiapa yang bertanya pensyarah soalan teh tarik. paling rasa hendak tampar adalah bila persyarah baru sangat beri penjelasan. seperti:

ali hendak makan di kantin sekolah petang ini.

*soalan bodek*
1) ali hendak makan di mana, prof?
2) bila ali hendak makan di kantin?
3) ali makan apa, prof?
4) prof suka warna apa?

tak perlu aku highlight kejengkelan bila soalan2 sebegitu diajukan dua saat sebelum kelas tamat.

*pusingkan mata ke atas*

tadi dr fadhilah kamsah (mertua sahabat saya :p) ada sebutkan di stesen radio mana entah aku tidak perasan.

intipatinya begini:
cakap yang salah pada masa yang betul --memang silap.
cakap yang betul pada masa yang salah --memang nahas.
cakap yang salah pada masa yang salah --memang bunuh diri.

mesti: cakap yang betul, di masa yang betul.

sang penanya merujuk pada beliau tentang percakapannya yang menimbulkan kemarahan orang.

aku tersentak kerana ketika itu, di dalam menung aku di dalam kereta sambil menunggu tri, memang itu soalan aku. seram. jelas, bukan tingkap sahaja yang sudi mendengar hati aku.

*senyum*

engkau memang selalu cool, wahai tuhan.
sentiasa bijak mendatangi akal aku.

walau itu kebetulan.
kebetulan aku menggodeh2 radio, sedangkan aku benci menukar2 siaran.
kebetulan itu soalan terakhir untuk sessi kaunter tanya sama doktor.
kebetulan baru sejurus tadi aku luahkan pada tingkap di lengan kiri itu.

halus.
:)

bukan sekali ini soalan2 aku terjawab dalam rupa2 demikian.

*diam*

mulut aku.
provokasi aku.
pertama kali dibenci orang kerana bibir ini, adalah di darjah enam.

kerana petah seorang budak gemuk tidak secomel petah seorang anak genit.
"dah lah gemuk, banyak cakap"

*sengih*
akulah tu.

tingkatan empat dulu, habis buku sekolah, kerusi dan meja aku diconteng orang. menulis tentang nur affina yanti. yang paling biasa adalah "gemok" (yang sekarang sudah tidak), "emo" (yang ironinya menjadi punca ramai yang sudi menjadi teman aku), "saiko" (yang memberi impak gagah pada tulisan aku), banyak lagi.

satu hari nanti, orang akan faham sebenarnya bagaimana seorang aku ini.

*diam*

kesan dari entri lepas, ramai yang bergaduh2. menghina2, bertengkar caci segala. maafkan aku kerana tulisan itu. yang kenal aku, akan faham apa yang aku terbitkan adalah soalan semata2. yang tidak faham, terus hendak membetulkan. lalu bersimpang-siur.

terbawa2 pelbagai perkara.
relevan dan tidak.

ah. sukahatilah.

tapi aku hendak kongsi apa yang diberi seorang sahabat yang bernama ain fatehah.
terlalu indah, yang kalau disimpan, pasti jadi rugi.

seorang gurunya bertanya:
"kamu semua nak masuk syurga?"
terang, setiapnya menjawab "ya"
"bagaimana dengan neraka?"
tidak mungkin ada sesiapa yang mahu.

kosentrasi pada jawapan ini:

"syurga neraka itu ujian. sama ada yang ditakut itu adalah Dia atau nerakanya. banyak dari kita takut sama neraka. kita lupa yang sebenarnya berkuasa itu adalah sang pencipta. kalau disuruh neraka itu sejuk, sejuklah. apa yang kita takutkan. nabi ibrahim tidak terbakar dalam api"

wow.
mudah dan tepat.

jahat kita sama tuhan, dia itu maha baik.
jahat sama orang?

dr fadhilah kata tadi, cara paling mudah untuk meminta maaf adalah sebelum apa2, solat taubat dan maafkan semua. kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu.

pening?

:)

jom.
maafkan orang.

------------------

terima kasih kepada kamu, kamu, kamu yang sudi layan blOg ni. aku minta maaf sebab ini bukan blOg ilmiah. hanya cOntengan dari aku. kalau nak cari bahan ilmiah, search je, insyaAllah akan dapat. ;)

Wednesday, November 26, 2008

12. Aku Dan Kerja


ada apa dengan badan cemerlang sdn bhd? hihi. ni lah tempat kerja aku lepas spm dulu sampailah sebelum masuk uia. siapa sangka, ni lah tempat pertama aku meraih pengalaman bekerja.

semalam aku ke sini setelah berbulan2 aku tak menjejakkan kaki. banyak berita yang aku tertinggal. kak teha kahwin aku tak tahu. tahu setelah di khabarkan oleh rOsze melalui yahoO messenger. kak nurul sedang mengandung 8 bulan!! haha. terkejut aku tengOk dia semalam. muka bengkak. tiba2 perut besar. cOmel!! teruja tengOk kak nurul. nak pegang perut dia. tapi takut. sebab da besar sangat. haha.

masa kerja dulu, kawan2 sekOlah yang rajin menjenguk. biasalah. angsana dulu memang jadik port kami nak melepak. agak skema bila lepak kat badan. layan buku2. haha. teringat bila hanif datang minta diskaun untuk buku grammar yang agak tebal. teringat juga kat seOrang pak cik tua yang gila bayang kat kak naza. haha. seram.

pak cik: nak, naza kerja tak hari ni?
aku: kak naza cuti. *sebenarnya kak naza kat pantry. haha.*
pak cik: tak apa lah. esOk pak cik datang.
aku: kenapa pak cik? ada pesanan?
pak cik: pak cik teringat kat dia. pak cik ni da lama menduda. bla bla bla.

erkk!! nak pengsan aku dengar. haha. sangat bahaya pak cik ni. patut lah kak naza suruh aku cOver line. ada kenangan yang tak dapat aku lupa. kat sinilah bermula kegembiraan dan kesedihan aku. yang best, semua ingat aku lagi. mungkin sebab aku ni rajin menziarah agaknya.

aku akan kenang saat2 susah senang cari duit sendiri. insaf seketika. kat situ baru aku rasa, "ya Allah, selama ni betapa susahnya mak abah cari duit".

Tuesday, November 25, 2008

11. Nilai Sebuah Kasih Sayang


macam mana ya nak mulakan entry kali ni? banyak sangat benda yang berlaku sejak semalam. betul2 mengganggu kOnsentrasi aku. aduhai. bermula dengan satu cerita. betul2 buat aku tersentak sebenarnya. hanya ketenangan yang aku cari di kala ini. aku cuba untuk tersenyum.

kemudian aku disentakkan pula dengan berita dari seOrang sahabat melalui yahoO messenger. bermula dengan kiriman lagu kemudian bertukar kepada perkhabaran yang agak mengejutkan. dugaan apakah ini? kasihan sahabat aku.

hana: wani, tahu tak pasal kamila (bukan nama sebenar)?
wani: pasal apa?
hana: parents dia seperate.
wani: ha? sOrie. memang tak tahu pape. ya Allah, kesiannya. *memang terkejut gila babun*
hana: i juz knew a few minutes agO. she told me.
wani: atas sebab apa mak ayah dia berpisah?
hana: sebab third party.
wani: damn!! wth!! *sorie. aku betOl2 bengang kali ni*
hana: tulah. kamila pOn bengang gak. mak dia pulak asyik sakit lately.
wani: bodOh seyh pOrak peranda rumah tangga Orang. bila mak ayah dia pisah?
hana: bulan lapan.
wani: aduhai. sebelum puasa. dia ok? *sigh*
hana: takut nak tanya. serba salah sebab tak tanya khabar dia.
wani: takpe. salah cakap nanti, takut dia makin sedih.
*hana juga bukan nama sebenar. identiti disOrokkan atas sebab tertentu.

kemana perginya kasih sayang ya? hanya kerana kehadiran Orang ketiga, nilai sebuah perkahwinan tu dihenyakkan di hujung kaki? diludah? dimaki sesuka hati? ya. memang Islam menggalakkan pOligami. tapi atas dasar apa? lihat saja pada kemampuan. mampukah kita hendak mengemudi 2 buah perkahwinan serentak? kerenah isteri2, anak2, pakai minum, kebajikan. adilkah kita nanti? bergegar tiang arasy bila disebut tentang cerai. aku tak mahu berkata lebih. belum rasa asam garam sebuah perkahwinan.

sahabat, aku hanya mampu titipkan dOa. mOga kamu tenang di sana. jauh. memang kita jauh. bersabarlah. Allah sayang Orang yang bersabar. dugaan yang Allah beri adalah tanda bahawa kita sentiasa di bawah lindunganNya.

bila buka blOg mawaddah, dia highlight kan isu jodOh. buka blOg mujahid, suami muda itu turut berkongsi tentang kasih sayang. kata2 mujahid buat aku tersenyum. nampak yang suami muda itu sedang bahagia. alhamdulillah. katanya, "semakin hari semakin mengenali satu sama lain dari setiap sudut. hmm. kata orang lama, taaruf ini tidakkan berakhir. semakin hari semakin sayaaang ~ langkah baru bermula lagi ;)" indahkan? semOga diberkati hendaknya.

aku teringat sebuah cerita lakOnan nasha aziz bersama dengan azri iskandar. tajuknya mencari izzara. kisah seOrang perempuan yang rasa ragu2 untuk berkahwin. pada dia, perkahwinan seperti sebuah penjajahan. penjajahan seOrang suami terhadap seOrang isteri. terikat dengan tanggungjawab dan kepatuhan yang mutlak terhadap seOrang suami. masa aku tengOk cerita ni 4,5 tahun lepas, aku tak paham apa pOint yang cuba disampaikan. baru aku sedar, perkahwinan tu juga adalah anugerah. seperti seOrang isteri, perkahwinan adalah anugerah yang maha besar yang Allah berikan. raikanlah. hargailah dengan sebaik2nya.

"our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)

banyak pengajaran yang aku dapat hari ni. nilai sebuah kasih sayang. erti pengOrbanan. makna sebuah keikhlasan. oh Tuhan, terima kasih atas petunjuk yang Kau beri. biarlah hubungan ini berakhir dengan cara yang Kau redhai.

wani, kamu semakin positif. ;)

Sunday, November 23, 2008

10. Cacing Buku


semester break kali ni aku target nak habiskan 3 buah novel. sekarang aku tengah pulun baca novel 'if yOu cOuld see me now' dari cecelia ahern. ni nOvel ketiga cecelia ahern lepas 'ps, i lOve yOu' ngan 'where rainbows end'. tiga2 novel ni aku da beli dan aku da baca. cuma aku lOm beli novel keempat, 'the place i called here'. aku berani bet, nOvel2 dia memang hebat dan best.

pastu aku nak pulun baca 2 novel ramlee awang murshid. aku memang fOllow novel2 dia sejak dari sekOlah menengah lagi. nOvel dia best. sebab tu aku tak terkejut bila beberapa kawan lelaki aku pOn ketagih nak baca nOvel2 dia. hihi. lagipun ramlee awang murshid ni antara penulis novel thriller terbaik kat malaysia. memang tak rugi ah kalau baca novel2 dia.

kalau cakap pasal nOvel ni, teringat zaman muda2 dulu. 'lagenda budak setan' dan 'pilOt cafe' - ni antara novel2 pertama yang aku baca. karya ahadiat akashah. tebal gila. masa ni nOvel2 ahadiat akashah memang tengah meletOp. nOvel2 alaf 21 lak masa ni baru nak naik cam 'pergilah sepi', 'jendela hati' dll. aku sampai tak tidOr malam bila layan 'lagenda budak setan'. memang masyuk.

pernah dengar permainan spirit? aku tahu benda ni tak silap aku masa baca novel 'awek blues' karya ahadiat akashah. permainan ni pOpular dikalangan budak2 asrama (tak tahulah sekolah lain. tapi permainan ni pOpular kat sekOlah aku). gila syirik. tapi masa tu bukan tau apa. baru tingkatan satu. seingat aku, permainan spirit ni ada 2 cara. satu guna jangka lukis satu lagi guna duit syiling. dalam novel tu, dia siap ajar macam mana nak main spirit guna syiling. gila weyh. makhluk tu payah nak blah. seram gak bila seniOr2 aku dOk cerita pasal permainan spirit ni sebab depa pernah main. aku tak pernah main. gila apa. da ah penakOt. hua3~

sejak akhir2 ni aku da pandai baca majalah yang berkaitan dengan hiasan dalaman cam anjung seri dan laman. aku makin tinggalkan kOmik dan majalah humOur cam ujang, apO dan blues selamanya. adakah itu petanda aku sudah semakin tua? haha. tak kiralah bahan bacaan tu ringan atau ilmiah, yang pasti membaca tak merugikan. ;)

"bacalah. bacalah dengan nama nama Tuhan yang menciptakan manusia. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah".

Friday, November 21, 2008

9. Mak, Semoga Panjang Umur



She used to be my only enemy and never let me be free
Catc
hing me in places that I knew I should not be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you. Mama , I care
Mama, I love you . Mama, my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about, about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love

~mama by spice girls~

mak, epy besday!!
smOga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ;)


Mama_Spice_Girls_S...

Thursday, November 20, 2008

8. Tujuh Perkara


kena tag dengan cik mawaddah.

share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

7 perkara pasal anak perempuan sulOng pak cik muhammad. hee~

1) aku tak suka minatang lembik dan berbulu - aku minta maaf banyak2 kalau dengan minatang2 spesis ni. tak kan sentuh. tak kan belai. yang tak leh blah, bila dua adik bOngsu aku start bela kucing. aishhh. geli seyh. jangan tak tau, dari aku sampai yang nO 5 semua geli kucing. macam mana ntah hafiz dengan nadiah leh jadi pencinta minatang pOn aku tak tau. bagi la siput babi ka, lipas ka, kura2 ka. tapi aku rayu sgt2 jangan la bagi yang lembik dan berbulu. eii~

2) aku suka bercakap - memang sejak azali kerja aku cakap, cakap, dan cakap. patut la abah dari kecik suruh aku jadi lawyer. pada siapa2 nak kahwin dengan aku tu, pikir la banyak kali. haha. jangan menyesal di kemudian hari. tapi mak akan pelik kalau aku diam satu hari. tu yang tak best sebab dari situ mak akan tau yang aku sebenarnya ada masalah. adik2 aku semua dah lali dengan bebelan aku. minta maaf la yer. alOng memang sukaaaaaaa sangat membebel.

3) bukan pemandu yang baik - aku tak nak hipOkrit. aku selalu rasa tak selamat kalau perempuan drive. aku selesa gila kalau abah atau adik2 laki aku drive. rasa lain. aku berani nak tidur. kalau perempuan, err, tak nak ah cakap. paham2 sendiri. tapi kalau bab menghafal jalan, serah kat aku. hihi. aku suka sesat. makin sesat, makin aku kenal dengan tempat tu. senang cerita, aku ni cO-pilOt yang paling best. haha. lesen tu kita wat atOk. kasik frame kat dinding.

4) aku cintakan muzik - habit aku. kalau nak kemas rumah, aku akan tutup tv. pastu pasang lagu. jOget2 dengan penyapu. indah gilakk. nak masak pOn camtu walaupOn Orang selalu cakap jangan nyanyi kat dapOr nanti dapat laki tua. tak takut. haha. sebab dapat laki sebaya. suara aku tak sedap. tapi kalau bab syOk sendiri, jangan risau. tu memang kepakaran aku. bagi la lagu dangdut ka, rOck kapak ka, balada yang mendayu2 ka, hip hOp ka, semua aku bantai sebab muzik tu universal. yehh!! mak selalu geleng kepala bila tengOk aku mengemas rumah sambil jOget2. memang masyuk. kih3.

5) segan dengan kamera - aku bukan fOtogenik mahupun fOtogedik. tak reti ah weyh nak ngada2 depan kamera. adakah itu dipanggil camera shy? aku lagi rela tak bergambar. wat muka ketat. Orang selalu cakap nanti leh wat kenangan la hape la. ala. simpan dalam hati cukup. tak kan lupa sampai mati. cam lawak lak tengOk gamba kecik2 dulu. macam mana ntah aku leh mesra kamera. aku kagum dengan mereka yang mesra kamera ni. pandai wat muka. sO, pada yang berkenaan tu, sila la buang semua gamba candid aku tu yekk.

6) hOmesick - siapa kata alOng a.k.a anak sulOng ni hati kental? haha. pernah duduk asrama tapi mak abah datang tiap2 minggu. tak pernah miss langsung. memang gilak manja. nak balik tapi warden tak bagi. sampai sekarang perangai ngada2 tu terbawa2. leh di katakan hampir tiap 2 minggu sekali aku balik jb. bukan ada apa pun. cuma hati aku ni memang terikat kat rumah. rumah kecik je. adik beradik ramai. tapi ada ke'best'an di situ. pastu bila balik mak selalu tanya, "nak makan apa?mak masakkan." perghh. nikmatnya~

7) i lOve reading - dari sebOdoh2 bahan bacaan hingga akta tu aku baca. akta tu tak yah cakap. naik muak. muntah hijau je selalu. aku suka layan majalah, nOvel. lagi best dari tengOk tv. dari kecik mak selalu hadiahkan buku. aku selalu berangan, nanti bila ada rumah sendiri aku nak wat mini library. nak letak semua buku. dari yang tak berfaedah hinggalah yang ilmiah. aku suka gak baca surat khabar. macam Orang bodOh kalau tak tahu perkembangan. dulu selalu kutuk abah baca surat khabar. aku cakap surat khabar tu untuk orang tua. sO, aku da tua ah ni eyh? ngee~

dOne!! da 7 kan? (mutiara naga ada 7 bijik semuanya) huee. aku malas nak tag2 Orang. siapa rasa nak wat, wat la. tak ada bantahan. ;)

Wednesday, November 19, 2008

7. Dilema


aku selalu tersepit dengan keadaan. keadaan di mana memerlukan aku untuk membuat pilihan. aku benci dengan keadaan begini. dapat pula orang seperti aku yang selalu keliru dalam membuat keputusan.

nampak ketarakah dilema di wajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu
~dugaan by hujan~

puas berbalah dan bertelagah di internet, bersambung pula di telefon. aduhai. hendak rasanya di belah sahaja badan kepada dua. satu untuk di sana. satu untuk di sini. tapi apakan daya, aku tak mampu.

kepada siapa lagi mahu aku mengadu? ya. hidup perlukan pengorbanan. duhai hati, bantulah aku. aku buntu. aku sedih. kawan, di mana kamu ketika aku perlu. janji hendak susah senang bersama.

angin, khabarkan kepada dia, aku betul2 keliru. kerut di dahi tak mampu aku sembunyikan. arghhhhh!! tekanannya!! kalau la aku mudah membuat keputusan.

*sigh*

Oh Tuhan, aku perlu sedikit petunjuk.

Tuesday, November 18, 2008

6. Dari Kekasih Untuk Kekasih


dear chocolatte87,


belum cukup ku buktikan
sebelum ku katakan
kau lah pujaan hati ku

aku xtau macam mana nak ekspresikan perasaan aku hari ni. bercampur baur. gumbira, sayu, terharu, teruja. semua da bercampur. sampai xleh nak tdo. hihi. teringat setahun lalu. tarikh yang sama. tempat yang sama. sekejap kan masa berlalu? =)

di belakang ku tersimpan
perasaan mendalam
tentang dirimu untuk ku

sungguh. aku sayang dia. dia, selalu ada masa aku sedih. dia, kawan gaduh. dia, teman masa gumbira. dia, kekasih. dia, segala2nya. oh Tuhan, permudahkan hubungan ini. biar ia berakhir dgn cara yang Kau redhai.

bagai langit
yang tak pernah bertepi
begitu pun cinta ku padamu

tangan dia yang sambut aku masa aku jatuh. jari dia yang genggam jari aku. bawa aku jauh dari cerita sedih. tangan dia juga yang bimbing aku. ajar aku bangun, berjalan dan cuba berlari.

ku tak kan pernah bisa mengingkarimu
dan melukai dirimu
selama di sisimu

hai air mata. berhenti lah mengalir. orang selalu cakap, "perempuan ni, kalau sedih musti nanges. kalau gumbira pun nanges." hihi. nak buat macam mana. nama pun perempuan. mula2 ingat nak tenang je bila dia call. tp, aduhai. aku selalu kalah dengan keadaan.

seandainya kau tahu
betapa cintaku
betapa ku merinduimu
seumur hidup ku

kita kejar cita2. kita kejar impian. kita mampu berdoa dan berharap tapi itu semua pada Dia. pada Dia takdir kita. jangan berhenti berharap sebab takdir kita mampu ubah. segala2nya pada kita. ya. pada kita.

tatapan ku tak pernah
lepas dari dirimu
walaupun dalam tidur ku

selagi takdir aku dengan dia, aku kena kuat. kena bertahan. "awk, jgn sekali kali lepaskan tangan sy. sbb sy takut. sy takut sekali terlepas xkn bertaut kembali."

selama ku di sisimu
ku ingin kau bahagia
dalam dakapanku selalu

~selama di sisimu -ihsan~

no matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change.

~gud nyte chocolatte87 =)~


Ihsan - Selama Di ...


amaran kerajaan malaysia: siapa2 yg ada muntah2, batuk2, pening2 lalat, sakit mata, sakit hati ke hape, xyah la baca entry ni. blog aku. err. ske ati la aku nak tulih ape kn? lalala.

Saturday, November 15, 2008

5. Isteri Dan Hamba


sorg kwn pmpuan aku pnh ty, "wani, ape beza isteri dan hamba? dua2 leh ditiduri."

"npe ty soalan cmtu?"
"fahim (bkn nama sbnr), die yg bangkitkan isu isteri dan hamba."

aku syp. aku xde jwpn utk itu. yg pasti mmg de beza antara seorg isteri dan seorg hamba.

klu xde beza, baek suh si fahim tu jgn carik isteri. carik je mana2 hamba yg leh wt teman hidup. menyamakan taraf seorg isteri ngn hamba mmg keji aku rasa. aku xcakap yg hamba tu hina tp dgn menyamatarafkan hak antara 2 individu tu aku rasa xptt.

klu dr segi islam, hak mewarisi harta pusaka, nasab dan sbgainyer, aku xrasa seorg hamba dpt hak2 ni.

"bukan senang nak dapat teman hidup yang sanggup terima buruk baek kte, sanggup bkorban utk kte, sanggup hidup bersama smpai ke akhir hayat. isteri bukannyer hak milik tapi anugerah." ~petikan filem 'cinta'~

semalam aku layan filem 'cinta'. babak antara rahim razali dan fatimah abu bakar btl2 terkesan kat ati aku. akhirnyer aku da dpt jwpn utk 'ape beza isteri dan hamba'.

aku pnh ty kat rmai org tp satu pn jwpn xbjaya puaskan ati aku. tp skrg, aku rasa aku da dpt jwpn yg aku nak wlpn zaman skrg da xde istilah hamba.

isteri bukannyer hak milik tapi anugerah. anugerah yang Allah bg utk dididik, utk disayangi, utk dibentuk. yang pasti, bwh kaki seorg isteri tu ade syurga. syurga utk anak2.

aku makin sensitif sejak akhir2 ni. hihi. xtau kenapa.

Friday, November 14, 2008

4. Tentang Bunda Yang Aku Ingat


aku amat menggemari hasil coretan kak fynn. ade keindahan tersendiri. dia ske berhikayat. membawa aku ke suatu ruang. membuat aku berfikir. sungguh. hidup ini indah rupanyer. dia seorg anak abah, slalu rndukan belaian ibu yg sudah tiada, isteri kpd suami tercinta, dan yg pasti die adlh pemuisi jalanan. hikayat dia jujur, indah. meh aku coretkan satu hikayat dia yg mmbuatkan air mata aku meleleh xpsl2.

"tentang bunda yg aku igt"

-----------------

semalam hari rabu. bangun, seperti biasa. shooting pun tiada.
yeay. hari sampah.

kalau difikir2, apa kata akar bagi 'menyampah'? memang secara literal, tiada kata akar untuk perkataan ini. tapi sedarkah, ada kemungkinannya datang dari perkataan 'sampah'. ha-ha. kelakar.

maka bila kita menyampah, mungkin ada sangkut paut dgn keadaannya yang sampah.

*aku sedang merapu*

ok. semalam bangkit dan salut planta di atas roti yang dibakar. taburkan gula sedikit atas cadangan pok cham. teringat terus pada arwah bunda. dia suka benar sediakan sarapan roti gula pada kami adik beradik yang sedang bergaduh di meja makan, tiap2 hari sebelum sekolah.

*bukan roti gula yang hari2 disediakan. tapi pergaduhan adik beradik itu yang di setiap hari*

kami mmg menyerabutkan, dari along, aku hingga adik. (kami cuma tiga beradik yang seibu ini). kasihan bunda. dengan kanser yang tak terubat memandangkan zaman itu peratusan survival cuma 20%, bunda begitu gagah menerima segala tekanan.

tapi hari ini aku tidak punya mood untuk bercerita tentang adik beradik syaitan kami. cukup tentang kenangan sedikit dengan bunda. tidak banyak yang aku ingat bersamanya. dia lebih banyak terlantar. wanita paling cantik di kampung, paling manja di tempat kerja, wanita idaman semua: itu bukan kata2 abah. tapi teman2 bunda sendiri, baik lelaki mahu perempuan.

wanita sempurna.

dengan cinta yang tak berbumbung dan terus ke langit, abah dan mak adalah pasangan yang dicemburui kerana berdua, mereka melambangkan satu entiti sempurna.

ada sekali, di satu majlis kenduri di kampung, mak ngah bertanya pada aku: "mana mak abah awak, ngah?" aku bilang "tak tahu". dicari2, rupanya sedang bercinta di belakang pokok. di lain waktu, mereka sedang bermain2 simbah air di tempat basuh pinggan.

cinta mereka sempurna. bukan aku yang kata. tapi yang lain2.

tapi itulah, jika sudah terlalu baik, terlalu cinta, tuhan akan menduga. dia pergi di usia 38 tahun. terlalu baik, sehingga doktor sendiri tidak mahu declare kematiannya akibat terlalu sebak (dan hampir pitam).

bunda seorang jururawat di situ. pesakit2 biasa di wad juga datang ke katil bunda memberi tangis dan salam terakhir.

ketika itu aku baru 11 tahun.

kelmarin aku tonton DVD. ada satu lagu yang buat airmata aku mengalir. Que Sera Sera. versi rnb. itu lagu bunda ketika aku kecil.

when i was just a little girl
i asked my mother what shall i be
shall i be pretty
shall i be rich

this what she said to me:
que sera sera
whatever will be will be
the future's not ours to see
que sera sera

aku takkan mampu lupa suara bunda, dengan tubuhnya yang dicondongkan ke arahku. aku takkan lupa tangisan aku tiap2 malam, kerana dibuli kawan2 di sekolah kerana diri aku yang gemuk dan buruk. lagu itu penawar untuk aku.

aku agak optimis ketika itu. dengan bantuan bunda. maka bila dia pergi, aku tanpa tuju jadi semakin pemendam. jadi semakin keras. mula menulis puisi2 kematian dan kejahanaman dalam usia itu.

aku menjadi pesimis, dan pembenci.

*diam*

bunda, kenapa tidak sekelumit pun aku seperti kamu: yang manis, yang manja, yang halus, yang disayangi semua?

*diam lagi*

kembali ke entri ini. selesai sarapan ringkas, kami hantar arm ke LRT. dia ada job, fotografi red karpet. bagusnya. hidupnya makin okeh dlm bidang ini. job makin banyak. semoga dia semakin hepi.

--------------

hargailah dia selagi dia ada~

Thursday, November 13, 2008

3. Pesanan Mak


mlm first kat umah, aku turun padang. join mak kat dapor. warm up sket. wt regangan. hak3. terus capai apron.

"mak, cmne ni. xreti ah. agak2 klu mak mertua tau, kna reject x?"
"sbb tu kna blaja."
"klu along jujur ckp yg along xpndai masak, ok x?"
"ok tp kna usaha dlu. blaja masak."

tb2 de suara sumbang dr ruang tamu.

"along blaja masak ke? kui3."

mmg keji btl suara tu. berbakul2 sumpahan. tp dlm ati je. mak senyum.

"eii. bdak kecik syp. kang de yg xmkn mlm ni."

pas penat bersilat kat dapor ngn mak, aku trus naek atas. igt nak mandi jap sblm makan mlm. tp cmne ntah leh stuck dpn laptop. hihi.

pastu mak masuk. glabah gle. mak panggil makan. sblm kuar, mak pesan, "jgn gadoh2 ngn man." err. terdiam tb2.

nmpk sgt ke yg anak mak ni kaki buli? kaki gadoh? hik3. "mana de gadoh. bkn besh pn gadoh ngn die. huk3."

hihi. tp sbnrnyer besh gadoh ngn die. sbb die pn kaki gadoh. hua3. die lah musuh, die lah kwn baek. (awk, sy puji awk ni. hik3)

wlpn aku ni nakal, kaki buli, keras kepala, ske majuk, ske carik psl, inilah dri aku. xreti nak ubah.

smlm kte gadoh, arini kte senyum, esok mgkin kte nanges.

"sy xreti nak karang ayat, nak olah bahasa, nak susun perkataan. sy cuma leh kongsi rasa. wlpn kte kdg2 cm anjing ngn kucing (biar sy jadik anjing sbb sy xske kucing. awk jadik kucing eyh) tp mende2 tu xpnh mgurangkn wlau sket pn perasaan sy kat awk. (ewahh)"

asal aku cm jiwang lak pg2 ni? tOink2.

sbb,

sbb,

kelmarin, smlm, arini, td, sy gadoh ngn awk. time kaseh sbb kuat smgt. time kaseh sbb layan kerenah sy. (sape suh kwn ngn sy kn? kn? kn?)~

Monday, November 10, 2008

2. Kisah Seorang Anak Abah


stalker a.k.a silent reader. hihi. itulah aku. slalu usha blOg2 yg besh. 2 ari lps, adik aku kat rusia bg satu link ni. die kate wajib baca. aku bajet musti besh. then aku click link tu. http://puisitepijalan.blogspot.com/2008/09/31-yang-paling-menyebakkan.html. kisah seorg anak abah. meh aku cut & paste ape owner ni tulih, k. =)

--------------

malam itu aku tidak boleh tidur. jam telah mengesahkan hari sudah masuk 31 ogos 2008. merdeka tanah melayu pada dekad2 dulu.

ainul, midge dan eeman, teman 4 tahun di universiti merangkap mak andam dan inang2 ada tidur bersama di bilik pengantin.

rasa pelik. 26 tahun bilik itu hanya dihuni abah dan emak, yang kemudiannya diganti ibu. tiba2 dinamakan kamar aku. kelakar.

ainul sudah tidur kepenatan dek mengemas. midge sedang termenung sambil menonton wall-E. dia memang manusia gemuruh. pasti, sedang ketakutan dengan tanggungjawab esoknya: mengandam aku.

meski pun ramai menasihatkan aku untuk mengabil mak andam professional, aku yakin pada midge. tambah pula, aku tidak berapa berminat ditampal tebal dengan solekan. lebih manis sekadar memberi highlight kepada wajah sebenar.

aku tidak mahu anak2 aku nanti tanya : kenapa daddy bergambar dengan ziana zain, mummy? atau "siti nurhaliza datang ke mummy nikah dulu?"

solekan tidak patut mengubah wajah kamu.

*diam*
tapi itu pendapat aku lah.

((salah cakap kang, penuh komen box bawah ni))

hehe.

eeman dengan baik hati memberi spa percuma. hampir 2 jam juga tubuh aku habis disental digenyeh. naik seri, katanya. aku senyum saja. kerja aku: baring dan layankan.

seorang2 mula tidur, selepas itu.

jam sudah hampir 3 pagi. aku termenung atas katil. esok paginya aku akan menjadi milik orang. hanya tuhan tahu betapa gagahnya getar gigil temulang aku detik itu.

sudah sedia kah?
akan dijaga kah?
kekal sama kah?
tetap bahagia kah?

menakutkan.

benarkah 3 bulan itu cukup untuk aku korbankan seorang aku? apakah ini pengorbanan atau satu kerahmatan? apakah aku gila? atau aku antara yang beruntung bertemu kekasih ke syurga dalam masa sepantas itu?

dalam serabutan itu, telefon bernyanyi.
tri juga tidak tidur.

*senyum*

"takut?"
"hmm"
"sempat lagi kalau nak cabut"
gelak besar.

talian diputuskan.
kun fayakun.

aku tidur terus, dalam redha.
semua pada jarimu, tuhan.

bangkit pagi itu terus menjerit:
"aku nak kawen!!!"
bersilang2 dengan gelak ketawa ainul dan midge. eeman tidur rumah kawan lain.

mula disiapkan sebagai seorang mempelai dari jam 7 pagi. semuanya dibuat perlahan2. midge tidk mahu ada distraksi. setiap gemalai berus mengambil masa yang lebih.

terasa begitu dimanjakan.
seronok.
bukan selalu.

:)

jam 11, final touch.

keluarga tri sudah lama di masjid. suasana tiba2 jadi kelam kabut. semua tidak tentu arah. abah ketuk pintu. minta mahu masuk.

aku tidak mungkin lupa saat itu. yang abah di muka pintu memandang aku bertudung dan berbaju kurung serba putih dikilaukan batu2 kecil halus. mata kami tertembung. dan kebetulan, seklise dalam panggung, selendang dipasangkan oleh midge: penghabisan persalinan aku untuk majlis nikah.

abah pandang aku dan terus keluar.
tidak memuji.
tidak berkata apa.

aku terdiam.
aku pingin senyum kamu, ayahanda...
*airmata berlinang*

tiba2 ateh, adik yang paling rapat dengan arwah mak masuk ke bilik bersama anak2nya yang agak rapat sama aku.

mereka juga diam tidak berkata apa.
dan seperti abah, mereka terus keluar.

alia, anak ateh, datang semula pada aku.
"you look exactly like your mother"

fak.

solekan dari jam 7 tadi sudah menghancur. airmata bercucur2 tanpa belas kasihan. ainul genggam jemari aku. di masa itu, kecy sudah penuh dalam bilik pengantin.

kuat, fynn!

keluar dari bilik, aku pergi kepada abah yang sudah merah matanya.
"cantik tak bah?"

dia senyum dan menjawab sayu.
"cantik..."

kami jalan berpegang tangan ke pintu depan.
itu kali terakhir aku keluar dari rumah sebagai tanggungannya.
sebagai anak gadis yang mesti dipeliharanya.
yang harus dijaganya.

"sebaik pulang nanti, awak sudah milik fitri", kata abah.

ahhh...
saje je!!

sampai masjid kota tinggi, terpandang tri yang segak lengkap sepersalinan pengantin. manis sekali, bagi saya. dialah suami yang paling kacak dalam dunia. hehe.

menunggu kadi selama setengah jam terlewat kerana terpaksa menyertai perbarisan merdeka adalah satu dugaan yang agak satirikal. waktu yang genting begini, jadi kelakar kerana situasi tersebut. ada2 saja.

sebaik tiba, kami semua terus berada dalam keadaan sedia untuk dinikahkan. tri duduk di hadapan, sepuluh kaki dari tempat aku bersimpuh. macam2 yang mesti dibuat. tandatangan sana, tandatangan sini. isi borang sana. isi borang sini.

tibalah ketika datangnya beliau kepada aku, untuk bertanya: kamu redhakah untuk dikahwinkan dengan hazrilfitri bin hadzir?

aku nyaris tergelak. teringat moksu berseloroh pagi tadi, menyuruh aku menggayakan saadiah yang malu2 sambil menjerit "ohh!" andai ditanya. seolah malu2.

dem betul.
dengan senyum lebar menahan gelak, aku sahut: "saya redha"

makcik2 di belakang mengusik: "amboi. suka betul"

*sengih*
hampeh.

selesai semua itu, barulah tri akan memegang jemari kadi untuk melafaz akadnya. tapi kadi pula terus ke tepi memberi ruang di hadapan tri.

dia tidak mahu kahwinkan aku kah?

aku jengah depan. tidak aku duga, tri beralih sedikit ke kiri. menghulur jabatnya pada abah. aku terasa mahu pengsan. sebaknya, hanya tuhan yang tahu.

dari dulu, aku pernah minta abah menikahkan aku, bukan kadi. bagi aku, lebih indah begitu. namun abah sentiasa mengelak. "tengoklah". "malulah". "nantilah".

dan hari itu, dia yang melepaskan aku. dia yang memberi aku pada suami. menghulurkan untuk dijaga ditatang dikasih dicinta.

tiba2 aku rasa masih terlalu awal untuk aku menjadi milik yang lain.

*diam*

entri ini adalah untuk aku sendiri, sebagai peringatan untuk seorang aku dan kamu2 di luar sana. abah pernah bilang, "anak perempuan, kita jagalah macammana pun, bila datang orang lelaki, terus dia tak toleh lagi".

*airmata semakin laju*

abah tetap kekasih aku dari dulu. lelaki yang masih aku cinta sehingga hari ini. hero. perkasa. sempurna.

tri takkan mampu menggantikan dia, dan dia tahu itu. abah tetap, masih dan akan kekal teratas dalam jiwa aku.

genggam aku pada jemari abah ketika lafaz taklik tri masih panas aku rasa kini. dialah itu, yang menerima aku di curam mana pun jatuh aku. dialah itu, yang menjulang aku di masa semua menghenyak nyawa aku. dalah itu, abah aku itu.

tri, aku cinta kamu, tapi kamu tetap second best.
he-he.

siapa suruh kahwin dengan seorang daddy's girl.
:)

----------------



~ni gmba drg. aku cilOk.
kekeke.
sweet kn? kn? kn?
smOga diberkati ;) ~

Sunday, November 9, 2008

PENGUMUMAN~

PENGUMUMAN!!

dgn rasminyer,
aku da pindah ke http://chocolatte87.blogspot.com..
xkan delete blOg ni..
syg woO nk delete..
xkn pOst pape agi kat sini..
sO,pada sape2 yg link kan blOg aku,sila la tukar kpd http://chocolatte87.blogspot.com..
sekian,time kasehhh..~

1. Kokoni Iruyo - Soulja Feat. Aoyama Thelma


~1st ENTRY~

lemme start with a lyric. kokoni iruyo - soulja feat aoyama thelma. man bg lagu ni 2 ari lps. die bg masa ktOrg dOk bOrak kat ym. sambil bOrak, die psg lagu ni. first tyme dgr trus jatuh chenta. aku search lyric lagu ni. auchh!! lyric ni damn sedap. sebijik cm cerita ktOrg. actually ni lagu jepun. tp aku da carik mkna lagu ni dalam english. aku sempat gak search lagu ni kat esnips. de aku letak kat bwh lyric ni. just click kat dj tu, k. =)

---------------------------------------------------

Baby boy, I’ll be right here, I’ll be here waiting for you
You know that I love you, so there’s no need for you to worry
No matter how far apart we are, this heart won’t change
You know what I’m trying to say, right?
I’ll be waiting for you

I’m a bit clumsy, and you are far away
While I struggled to tell you how I feel, you were already gone
Now, what remains of you is inside my albums
These days, radio waves are the only way we can meet
But I can’t see your smiles

Your warmth, the smell of your hair—I can't quench this longing for you
In the days that pass, I desperately searched for traces of you
The road I used to walk with you just echoes with my footsteps now
But more importantly, how are you? Are you taking care of yourself?
Damn it, the words just won’t come out
I’ll send it next time, a letter from me

The way you looked at the beach in Kamakura, how the waves swallowed the words
I wanted to tell you
This is really difficult, even though I’m a man, the words just won’t come out
Do you still remember? When we went to karaoke together
I wanted to say to you those words in the song I sang, just as they appeared on the monitor
I still can’t forget your smile
From the first day we spent, just the two of us – you were cheerful as if we had met coincidentally
I’ve gone on quite a tangent, but you understand, right? What I’m trying to say?
Shit, there’s no more space to write
I’m sorry, I’ll definitely send this next one

If I had more money, or if I had a more serious job
If I could give everything else up, I would definitely, for you
But please, don’t ever misunderstand, I hate to make you lonely, but
While I’m busy, we can’t talk much, but baby believe, this is all for our future
But in reality, I want to see you right now, I want to hold you in my arms
The place you used to sit, next to me, is empty now, there’s no one
Well, that’s not important, that’s not what I’m trying to say
This is coming so late, but I’ll fill it with the words I wanted to say and send you my unsent letter

Baby girl, I’ll be right here, I’ll be here waiting for you
You know that I love you, so there’s no need for you to worry
No matter how far apart we are, this heart won’t change
You know what I’m trying to say, right?
I’ll be waiting for you

Baby boy, I’ll be right here I’ll be here waiting for you
You know that I love you, so there’s no need for you to worry
No matter how far apart we are, this heart won’t change
Now I can say it to you straight
I don’t ever wanna let you go



SoulJa - Koko ni I...

Thursday, November 6, 2008

dibawah pembinaan (under constructiOn)~


sedang memindahkan data2 ke http://chocolatte87.blogspot.com
dalam prOses pengubahsuaian

siap mggu dpn kOt
pas xm
~bubye~

Tuesday, November 4, 2008

ape yg pelik?~


aku tgh stadi islamic criminal law..utk paper sOk..tgh2 stadi tb2 aku leh bantai gelak sOrg2..haha..kak ha ngn awathif da cuak..


ade mende yg aku tb2 tingat..cite masa smyg terawikh ramadhan lpas..

citenyer cmni..

family aku mmg slalu smyg isyak+terawikh kat masjid utm..mlm first xsmpat nk smyg terawikh jemaah sbb de dlm bus on da way balek dr kl anta man kat klia..

nk dijadikan cite,ktorg 3 bradik pmpuan+mak smyg kat tmpat pmpuan..mls nk naek atas sbb mak xlarat..mak g saf depan..kami 3 beradik tertinggal kat blkg..aku smyg sblh sOrg akak ni..die de anak pmpuan kecik..cOmel..dak tuh dOk dpn die..

masa tgh smyg rakaat pertama,dak tuh tb2 mangOn pastu diri dpn aku..err..aku cuak..pehal lak dak nih g diri dpn aku tb2 nih..pastu..

miza trus kuar saf..aku ikOt..xleh blah..haha..seb bek dok hujung..

ktOrg g bantai gelak kat luar..mmg gle bapak xleh tahan..nadiah terpinga2..xpsl2 die kuar saf gak..die ty,"lOng,npe?"..aku mmpu gelak..

wani: haha..xleh tahan seyh!!
miza: igtkan alOng xpaham..atih mmg da xleh tahan..dak tuh siap kerut dahi..
wani: alOng mula2 cm cuak..takOt die tersilap mak ke hape..haha..
miza: haha..lawak..klu mak tau kte dOk bantai gelak ni,mati kna bebel..
wani: alOng xleh ah nk smyg sblh mak die agi..kte naek atas ah..jap agi kte ckp ngn mak..suh je mak stay kat bwh..
miza: okeh2..haha..

nadiah smpai skrg xphm nape ktOrg bantai gelak..tulah akibatnyer smyg xkhusyuk..nk khusyuk cmne,dak tuh siap wt muka pelik..haha..

ape yg pelik?nnt aku tulih kat next entry..haha..nk smbg stadi..~~~

Saturday, November 1, 2008

xde tajuk..hihi..~

bulan baru..entry baru..

arini,1 nov,masuk ari ke-2 final..paper smlm alhamdulillah..kira cm warm up gak..nama pn bahasa melayu perundangan.. =)

arini bgOn awal..subuh awal wlpn smlm tdO lmbt..mata segar..besh..curik2 masa blOgging sat sbb dlm pkl 9 nak g perang utk 1st cOre paper lak..

ketenangan xtau dtg dr mana..

tp leh nmpk sume tgh tensen..hihi..kak aien ngn ragam die..ble masuk je moOd final,trus diam..aku pn cm da kna badi die..kak ha tenang diluar tp tensen didlm sbb die de byk paper sem ni..awathif lak manusia plg sempOi sbb jadual xm die jarak gle..

smlm call mak abah..minx restu..tiap2 sem fight cm nk mati..aku kOmpem akan kenang saat ssh sng jadik student kat uia ni..hik3..

nk mandi pastu brekfas then jOm kte g xm!! ;)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216) ~