Thursday, November 27, 2008

13. Kesetiaan


aku cuma nak minta maaf kepada sesiapa yang tidak selesa bila aku menukar link. aku juga nak minta maaf kepada kamu, kamu, kamu yang me'link'kan blOg aku. minta maaf kerana menyusahkan. cuma aku harap sgt jangan di nilai tahap kesetiaan aku hanya kerana aku menukar link. tak faham? tak mengapa. walaupun aku berpegang kepada kata2, "blOg aku, suka hati lah aku nak wat apa", tapi kena gak ada rasa sensitiviti terhadap alam sekeliling. kalau tak sensitif, baik duduk dalam hutan kan? ;) terima kasih kerana me'link'kan aku dengan blOg kamu, kamu, kamu walaupOn tanpa aku pinta. apa2 pun, meh layan cerita dari kak fynn yang agak panjang ni. hihi. tentang kemaafan. ;)

p/s: era tetap dihati walaupun ramai beralih arah ke hotfm. wink2~ (^_~)

-------------------

ritual internet aku sangat mudah dan senang.
begitu tersusun prosedurnya, sehingga kalau tri yang bukakan tingkap2 mukasurat, dia tahu butang yang mana untuk diklik.

1) blogger
2) gmail
3) myspace

elok molek aku rapikan di bookmark tabs.

aku pasti aku kini salah satu daripada jutaan manusia accute cyberworld junkies. sehari tanpa perhubungan maya, mati. buka mata, teringat entri. sebelum tidur, teringat email yang masih belum dibalas.

niaya betul.

seperti aku, pasti engkau juga bagai dibakar api tanpanya. menggelitik bila lebih 5 jam tanpa nyawa virtual. dan seumpama lebih 5 dari 10 orang di luar sana, kita sudah lupakan buku2 tebal untuk makanan mata. skrin terang dan menyilaukan sudah jadi prioriti.

aku sekarang hanya menyelak naskah suratkhabar lewat pautan2 yang aku klikkan.

untuk seorang aku, itu sudah suatu yang hebat. aku benci membaca sejak dahulu lagi. kalau bukan kerana peperiksaan, tidak ada hingin langsung memegangnya. cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini).

cikgu wani, kamu jengkel tidak sama pelajar seperti saya?
:p

bila difikirkan semula, akulah itu yang memang dari dahulu lagi merimaskan sesetengah kaum. bukan pada guru2 (syukur atas itu), tapi disalahfaham beberapa golongan yang tidak kenal manusia ini. akulah itu yang tidak akan berhenti bertanya selagi aku tidak puas. akulah itu yang degil hendak tahu kenapa kalau yang aku ertikan pada awalnya sedemikian2 tapi berakhir dengan sekian2 yang berbeda.

haha.
aku.

aku paling ingat sekali itu yang aku angkatkan tangan dan menyangkal salah seorang pensyarah yang paling digeruni, Dr. Shahibuddeen dari iraq. dia, ketika itu, sedang ajarkan tentang sovereignity. tentang daulat.

dia yang sedang menghujah ttg daulat seorang raja di sesebuah negara perasan jemari aku yang menjangkau angin di atas kepala.
dia tenung wajah aku, senyum sebelah.

*versi translasi*

"ya?"
"ini di luar topik. tapi saya hendak tanya, sebenarnya apa fungsi seorang raja, sultan, et cetera. saya tahu sejarah, doktor. cuma saya tidak faham"
"di mana yang kamu tidak dapat tangkap?"
"di bahagian mereka dapat wang kerana menjadi ketua negara"
"itu masalahnya?"
"ya. kerana saya orang miskin"

kelas ketawa kuat.
untuk pertama kalinya, pensyarah itu gelak di hadapan kami.

"siapa suruh atuk kita bukan raja2, kan? atuk kita patut disalahkan"

:)
haha.

dan aku juga teringat sama Prof Qayyum dari bangladesh, ketika aku minta dia jadi penyokong permohonan master dua tiga tahun lepas. aku ini dari kecil memang paling tidak tahu bagaimana hendak mengendeng superior. satu2nya waktu aku berinteraksi sama guru2 adalah di dalam kelas. (kerana itu pelajar aku sentiasa aku amarankan untuk tidak sekali2 menggedik dan berbaik2 sama aku semata2 untuk menjadi teacher's pet).

terketar2, aku tanya:

*masih versi translasi*

"prof, maaf. saya tahu prof tidak cam saya--"
bersahaja dan pantas, dia potong suara aku "--oh saya cam kamu"
"betul?"
"kamu pelajar pertama yang berani berdebat sama saya"

*sengih*

dia seorang pensyarah lelaki. tapi seorang feminis. dia mengajar kami sastera dunia, dan hari itu sepesifiknya, kami berbincang tentang satu tulisan dari iran. hujahnya pada hari itu adalah pemakaian tudung secara paksaan.

aku tidak salahkan ia kerana dia dari mazhab lain. budaya mereka bukan seperti di malaysia. dia katakan di dalam kelas aku, pemakaian tudung pada perempuan sepatutnya atas kerelaan hati, dengan ikhlas, blablabla.

dan ingat lagi ketika aku pangkah dia.
hahahaha.
dem.
aku sangat ingat.

dan aku paling tak akan lupa provokasi dia. debat dan debat, namun setiap kali aku hendak berhenti, dia suruh aku sambung membebel lagi.

sejak itu, kalau aku angkat tangan, dia sudah tahu. mesti ada sesuatu. sehingga kadang2 dia akan tanya, "ada soalan untuk hari ini, anak muridku?"

:)
kurang asam.

*tiba2 terdiam*

eh. entah2 selama itu dia cuma menjolok komunikasi. saja2.
shit.
qayyum, you're the best, sir.

aku rindu zaman itu. zaman belajar. zaman ilmu itu masih subjektif dan terbuka untuk diskusi. salah, dibincangkan. betul, dikongsikan.

waktu di keliling mereka2 yang gila membaca. dan hanya dengan berbual ketika minum teh di petang2, aku dapatkan informasi2 di luar jangkau telaah aku.

scott. mengenai cinta pentas.
sheena. bual puisi dan ideologi.
tg sarah. ttg hati halus.
anna. seni dan kreativiti.
eddrey. fesyen.

ramai lagi.

banyak sangat bertanya ada pro dan kontranya. dapat ilmu, itu sudah pasti. dapat musuh, ada juga sekali2. sebab orang banyak bertanya itu leceh.

aku pun ada masa rasa mahu sepak sesiapa yang bertanya pensyarah soalan teh tarik. paling rasa hendak tampar adalah bila persyarah baru sangat beri penjelasan. seperti:

ali hendak makan di kantin sekolah petang ini.

*soalan bodek*
1) ali hendak makan di mana, prof?
2) bila ali hendak makan di kantin?
3) ali makan apa, prof?
4) prof suka warna apa?

tak perlu aku highlight kejengkelan bila soalan2 sebegitu diajukan dua saat sebelum kelas tamat.

*pusingkan mata ke atas*

tadi dr fadhilah kamsah (mertua sahabat saya :p) ada sebutkan di stesen radio mana entah aku tidak perasan.

intipatinya begini:
cakap yang salah pada masa yang betul --memang silap.
cakap yang betul pada masa yang salah --memang nahas.
cakap yang salah pada masa yang salah --memang bunuh diri.

mesti: cakap yang betul, di masa yang betul.

sang penanya merujuk pada beliau tentang percakapannya yang menimbulkan kemarahan orang.

aku tersentak kerana ketika itu, di dalam menung aku di dalam kereta sambil menunggu tri, memang itu soalan aku. seram. jelas, bukan tingkap sahaja yang sudi mendengar hati aku.

*senyum*

engkau memang selalu cool, wahai tuhan.
sentiasa bijak mendatangi akal aku.

walau itu kebetulan.
kebetulan aku menggodeh2 radio, sedangkan aku benci menukar2 siaran.
kebetulan itu soalan terakhir untuk sessi kaunter tanya sama doktor.
kebetulan baru sejurus tadi aku luahkan pada tingkap di lengan kiri itu.

halus.
:)

bukan sekali ini soalan2 aku terjawab dalam rupa2 demikian.

*diam*

mulut aku.
provokasi aku.
pertama kali dibenci orang kerana bibir ini, adalah di darjah enam.

kerana petah seorang budak gemuk tidak secomel petah seorang anak genit.
"dah lah gemuk, banyak cakap"

*sengih*
akulah tu.

tingkatan empat dulu, habis buku sekolah, kerusi dan meja aku diconteng orang. menulis tentang nur affina yanti. yang paling biasa adalah "gemok" (yang sekarang sudah tidak), "emo" (yang ironinya menjadi punca ramai yang sudi menjadi teman aku), "saiko" (yang memberi impak gagah pada tulisan aku), banyak lagi.

satu hari nanti, orang akan faham sebenarnya bagaimana seorang aku ini.

*diam*

kesan dari entri lepas, ramai yang bergaduh2. menghina2, bertengkar caci segala. maafkan aku kerana tulisan itu. yang kenal aku, akan faham apa yang aku terbitkan adalah soalan semata2. yang tidak faham, terus hendak membetulkan. lalu bersimpang-siur.

terbawa2 pelbagai perkara.
relevan dan tidak.

ah. sukahatilah.

tapi aku hendak kongsi apa yang diberi seorang sahabat yang bernama ain fatehah.
terlalu indah, yang kalau disimpan, pasti jadi rugi.

seorang gurunya bertanya:
"kamu semua nak masuk syurga?"
terang, setiapnya menjawab "ya"
"bagaimana dengan neraka?"
tidak mungkin ada sesiapa yang mahu.

kosentrasi pada jawapan ini:

"syurga neraka itu ujian. sama ada yang ditakut itu adalah Dia atau nerakanya. banyak dari kita takut sama neraka. kita lupa yang sebenarnya berkuasa itu adalah sang pencipta. kalau disuruh neraka itu sejuk, sejuklah. apa yang kita takutkan. nabi ibrahim tidak terbakar dalam api"

wow.
mudah dan tepat.

jahat kita sama tuhan, dia itu maha baik.
jahat sama orang?

dr fadhilah kata tadi, cara paling mudah untuk meminta maaf adalah sebelum apa2, solat taubat dan maafkan semua. kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu.

pening?

:)

jom.
maafkan orang.

------------------

terima kasih kepada kamu, kamu, kamu yang sudi layan blOg ni. aku minta maaf sebab ini bukan blOg ilmiah. hanya cOntengan dari aku. kalau nak cari bahan ilmiah, search je, insyaAllah akan dapat. ;)

No comments:

Post a Comment