Tuesday, November 25, 2008

11. Nilai Sebuah Kasih Sayang


macam mana ya nak mulakan entry kali ni? banyak sangat benda yang berlaku sejak semalam. betul2 mengganggu kOnsentrasi aku. aduhai. bermula dengan satu cerita. betul2 buat aku tersentak sebenarnya. hanya ketenangan yang aku cari di kala ini. aku cuba untuk tersenyum.

kemudian aku disentakkan pula dengan berita dari seOrang sahabat melalui yahoO messenger. bermula dengan kiriman lagu kemudian bertukar kepada perkhabaran yang agak mengejutkan. dugaan apakah ini? kasihan sahabat aku.

hana: wani, tahu tak pasal kamila (bukan nama sebenar)?
wani: pasal apa?
hana: parents dia seperate.
wani: ha? sOrie. memang tak tahu pape. ya Allah, kesiannya. *memang terkejut gila babun*
hana: i juz knew a few minutes agO. she told me.
wani: atas sebab apa mak ayah dia berpisah?
hana: sebab third party.
wani: damn!! wth!! *sorie. aku betOl2 bengang kali ni*
hana: tulah. kamila pOn bengang gak. mak dia pulak asyik sakit lately.
wani: bodOh seyh pOrak peranda rumah tangga Orang. bila mak ayah dia pisah?
hana: bulan lapan.
wani: aduhai. sebelum puasa. dia ok? *sigh*
hana: takut nak tanya. serba salah sebab tak tanya khabar dia.
wani: takpe. salah cakap nanti, takut dia makin sedih.
*hana juga bukan nama sebenar. identiti disOrokkan atas sebab tertentu.

kemana perginya kasih sayang ya? hanya kerana kehadiran Orang ketiga, nilai sebuah perkahwinan tu dihenyakkan di hujung kaki? diludah? dimaki sesuka hati? ya. memang Islam menggalakkan pOligami. tapi atas dasar apa? lihat saja pada kemampuan. mampukah kita hendak mengemudi 2 buah perkahwinan serentak? kerenah isteri2, anak2, pakai minum, kebajikan. adilkah kita nanti? bergegar tiang arasy bila disebut tentang cerai. aku tak mahu berkata lebih. belum rasa asam garam sebuah perkahwinan.

sahabat, aku hanya mampu titipkan dOa. mOga kamu tenang di sana. jauh. memang kita jauh. bersabarlah. Allah sayang Orang yang bersabar. dugaan yang Allah beri adalah tanda bahawa kita sentiasa di bawah lindunganNya.

bila buka blOg mawaddah, dia highlight kan isu jodOh. buka blOg mujahid, suami muda itu turut berkongsi tentang kasih sayang. kata2 mujahid buat aku tersenyum. nampak yang suami muda itu sedang bahagia. alhamdulillah. katanya, "semakin hari semakin mengenali satu sama lain dari setiap sudut. hmm. kata orang lama, taaruf ini tidakkan berakhir. semakin hari semakin sayaaang ~ langkah baru bermula lagi ;)" indahkan? semOga diberkati hendaknya.

aku teringat sebuah cerita lakOnan nasha aziz bersama dengan azri iskandar. tajuknya mencari izzara. kisah seOrang perempuan yang rasa ragu2 untuk berkahwin. pada dia, perkahwinan seperti sebuah penjajahan. penjajahan seOrang suami terhadap seOrang isteri. terikat dengan tanggungjawab dan kepatuhan yang mutlak terhadap seOrang suami. masa aku tengOk cerita ni 4,5 tahun lepas, aku tak paham apa pOint yang cuba disampaikan. baru aku sedar, perkahwinan tu juga adalah anugerah. seperti seOrang isteri, perkahwinan adalah anugerah yang maha besar yang Allah berikan. raikanlah. hargailah dengan sebaik2nya.

"our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)

banyak pengajaran yang aku dapat hari ni. nilai sebuah kasih sayang. erti pengOrbanan. makna sebuah keikhlasan. oh Tuhan, terima kasih atas petunjuk yang Kau beri. biarlah hubungan ini berakhir dengan cara yang Kau redhai.

wani, kamu semakin positif. ;)

No comments:

Post a Comment