aku amat menggemari hasil coretan kak fynn. ade keindahan tersendiri. dia ske berhikayat. membawa aku ke suatu ruang. membuat aku berfikir. sungguh. hidup ini indah rupanyer. dia seorg anak abah, slalu rndukan belaian ibu yg sudah tiada, isteri kpd suami tercinta, dan yg pasti die adlh pemuisi jalanan. hikayat dia jujur, indah. meh aku coretkan satu hikayat dia yg mmbuatkan air mata aku meleleh xpsl2.
"tentang bunda yg aku igt"
-----------------
semalam hari rabu. bangun, seperti biasa. shooting pun tiada.
yeay. hari sampah.
kalau difikir2, apa kata akar bagi 'menyampah'? memang secara literal, tiada kata akar untuk perkataan ini. tapi sedarkah, ada kemungkinannya datang dari perkataan 'sampah'. ha-ha. kelakar.
maka bila kita menyampah, mungkin ada sangkut paut dgn keadaannya yang sampah.
*aku sedang merapu*
ok. semalam bangkit dan salut planta di atas roti yang dibakar. taburkan gula sedikit atas cadangan pok cham. teringat terus pada arwah bunda. dia suka benar sediakan sarapan roti gula pada kami adik beradik yang sedang bergaduh di meja makan, tiap2 hari sebelum sekolah.
*bukan roti gula yang hari2 disediakan. tapi pergaduhan adik beradik itu yang di setiap hari*
kami mmg menyerabutkan, dari along, aku hingga adik. (kami cuma tiga beradik yang seibu ini). kasihan bunda. dengan kanser yang tak terubat memandangkan zaman itu peratusan survival cuma 20%, bunda begitu gagah menerima segala tekanan.
tapi hari ini aku tidak punya mood untuk bercerita tentang adik beradik syaitan kami. cukup tentang kenangan sedikit dengan bunda. tidak banyak yang aku ingat bersamanya. dia lebih banyak terlantar. wanita paling cantik di kampung, paling manja di tempat kerja, wanita idaman semua: itu bukan kata2 abah. tapi teman2 bunda sendiri, baik lelaki mahu perempuan.
wanita sempurna.
dengan cinta yang tak berbumbung dan terus ke langit, abah dan mak adalah pasangan yang dicemburui kerana berdua, mereka melambangkan satu entiti sempurna.
ada sekali, di satu majlis kenduri di kampung, mak ngah bertanya pada aku: "mana mak abah awak, ngah?" aku bilang "tak tahu". dicari2, rupanya sedang bercinta di belakang pokok. di lain waktu, mereka sedang bermain2 simbah air di tempat basuh pinggan.
cinta mereka sempurna. bukan aku yang kata. tapi yang lain2.
tapi itulah, jika sudah terlalu baik, terlalu cinta, tuhan akan menduga. dia pergi di usia 38 tahun. terlalu baik, sehingga doktor sendiri tidak mahu declare kematiannya akibat terlalu sebak (dan hampir pitam).
bunda seorang jururawat di situ. pesakit2 biasa di wad juga datang ke katil bunda memberi tangis dan salam terakhir.
ketika itu aku baru 11 tahun.
kelmarin aku tonton DVD. ada satu lagu yang buat airmata aku mengalir. Que Sera Sera. versi rnb. itu lagu bunda ketika aku kecil.
when i was just a little girl
i asked my mother what shall i be
shall i be pretty
shall i be rich
this what she said to me:
que sera sera
whatever will be will be
the future's not ours to see
que sera sera
aku takkan mampu lupa suara bunda, dengan tubuhnya yang dicondongkan ke arahku. aku takkan lupa tangisan aku tiap2 malam, kerana dibuli kawan2 di sekolah kerana diri aku yang gemuk dan buruk. lagu itu penawar untuk aku.
aku agak optimis ketika itu. dengan bantuan bunda. maka bila dia pergi, aku tanpa tuju jadi semakin pemendam. jadi semakin keras. mula menulis puisi2 kematian dan kejahanaman dalam usia itu.
aku menjadi pesimis, dan pembenci.
*diam*
bunda, kenapa tidak sekelumit pun aku seperti kamu: yang manis, yang manja, yang halus, yang disayangi semua?
*diam lagi*
kembali ke entri ini. selesai sarapan ringkas, kami hantar arm ke LRT. dia ada job, fotografi red karpet. bagusnya. hidupnya makin okeh dlm bidang ini. job makin banyak. semoga dia semakin hepi.
--------------
hargailah dia selagi dia ada~

No comments:
Post a Comment