Wednesday, November 19, 2008

7. Dilema


aku selalu tersepit dengan keadaan. keadaan di mana memerlukan aku untuk membuat pilihan. aku benci dengan keadaan begini. dapat pula orang seperti aku yang selalu keliru dalam membuat keputusan.

nampak ketarakah dilema di wajahku
diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu
~dugaan by hujan~

puas berbalah dan bertelagah di internet, bersambung pula di telefon. aduhai. hendak rasanya di belah sahaja badan kepada dua. satu untuk di sana. satu untuk di sini. tapi apakan daya, aku tak mampu.

kepada siapa lagi mahu aku mengadu? ya. hidup perlukan pengorbanan. duhai hati, bantulah aku. aku buntu. aku sedih. kawan, di mana kamu ketika aku perlu. janji hendak susah senang bersama.

angin, khabarkan kepada dia, aku betul2 keliru. kerut di dahi tak mampu aku sembunyikan. arghhhhh!! tekanannya!! kalau la aku mudah membuat keputusan.

*sigh*

Oh Tuhan, aku perlu sedikit petunjuk.

No comments:

Post a Comment