Tuesday, December 2, 2008

17. Aku Yang Jauh Dari Kesempurnaan


kesempurnaan. ada apa dengan kesempurnaan? hampir kepada kesempurnaan? aku minta maaf sebab aku bukan tergolOng dalam kedua2 kelOmpok ini. terima kasih kepada kamu (pijun) yang berbicara sama aku tadi. pedih tapi itulah kenyataan.

manusia suka pada kesempurnaan? aku tak nafi benda itu. tapi bukankah kesempurnaan tu milik Dia? aku agak sensitif ketika ini. emosional? mungkin. check je ciri2 manusia yang lahir pada bulan julai. hampir semua kriteria itu memang kena dengan aku. aku paling benci kepada perbandingan. aku adalah manusia yang sedar akan kelemahan dan keburukan. manusia yang paling susah untuk mencari keyakinan diri. tak percaya? tanyalah kepada sesiapa yang rapat atau yang pernah rapat dengan aku. aku hidup atas tiket pengalaman. dari situ aku belajar apa itu kehidupan.

sekurang2nya aku menjadi diri aku. hipOkrit? aku rasa aku cukup jujur untuk menyatakan kelemahan aku. aku bukannya manusia yang sombOng dan bOngkak dengan kelemahan diri. hendak mendabik dada pada kelebihan sendiri lagi jauh. aku jauh dari kesempurnaan. jauh dari kesempurnaan seOrang aku. sebab itu aku sangat sayang kepada mereka, mereka, mereka yang boleh menerima aku atas kelemahan aku tapi bukan atas kelebihan aku. aku juga adalah manusia yang susah untuk yakin tapi senang untuk dijatuhkan semangat. tak percaya? cubalah.

aku juga bukan seOrang manusia yang mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang lain. aku cukup sedar diri. cukup untuk memahami hukum alam bahawa manusia itu berbeza. punyai kekurangan dan kelebihan. hampir mengalir air mata tapi aku tahankan sebab aku tau dia bukan berniat untuk mempertikai cuma mungkin dia baru jumpa manusia seperti aku. cuma mahu aku ingatkan kawan, manusia lahir dengan tahap sensitiviti yang berbeza. ada yang sensitif bila diajak berbOrak tentang kelurga, tentang cinta, tentang belajar atau tentang apa2 sahaja sebab setiap manusia itu berbeza.

bak kata azim, seteguk kebenaran untuk tersenyum ketika hati meribut. :) "Untuk setiap air mata yang menitis, untuk setiap hati yang terhiris, untuk setiap malam tak mahu diulang, untuk setiap peluang yang mahu dikembalikan, untuk setiap langkah yang mahu diambil semula, untuk setiap pengajaran yang diterima; kelakar, bagaimana kita masih begitu cenderung kepada kemusnahan."

"aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi. aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati. aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi. gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan. agar dapat ku hindarkan segala kesesatan. usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini. aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui. moga cahaya lailatul tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri. moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang. lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur 7,8,6 alhamdulillah, syukur" alhamdulillah - yasin feat. toO phat

itu beza kita kerana aku jauh dari kesempurnaan seOrang aku.

No comments:

Post a Comment