
tadi baca surat khabar utusan. memang aku suka baca surat khabar. macam orang tua kan? hihi. dulu pernah juga pertikai kenapa mak abah selalu baca surat khabar. sekarang ni, semua aku baca. dari utusan, harakah, suara keadilan, nst, the star hingga ke blOg2 ilmiah. dari berita ekOnomi, sukan, pOlitik dalam dan luar negara, isu semasa hinggalah hiburan, benda tu semua jadi santapan mata aku ni. cuma kena pandai tapis. *kenyit mata*
tadi belek utusan. tiba2 ternampak dialOg senyum kambing. tiba2 aku tergelak besar. mak dengan abah siap terkejut. mungkin berfikir yang anak perempuan mereka ni da naik sawan ke apa. haha. aku sangat suka dialOg itu. "tidak fasih bahasa melayu tak bOleh jadi peguam" adalah antara isu hangat selain dari insiden kat bukit antarabangsa (hOllywoOd malaysia bak kata sesetengah orang).
aku selak berita dalam negeri. 'lucut keistimewaan peguam tidak fasih bahasa melayu'. pengamal undang2 yang tidak fasih berbahasa melayu perlu dilucutkan keistimewaan daripada menjadi pegawai undang2 dan peguam di negara ini. berita lanjut, sila klik SINI.
banyak respOn aku rasa berkaitan dengan isu ni. sebelum apa2, jangan cepat melatah. aku cuma sampaikan apa yang aku rasa. aku sokOng usul ni sebab benda ni da termaktub dalam perlembagaan persekutuan (federal constitutiOn). cuma pelik sebab tak diaplikasikan. kita negara merdeka. sepatutnya kita da bOleh berdiri sendiri. memang sumber rujukan banyak dalam bahasa inggeris tapi seksyen 117 akta tafsiran 1967 da jelaskan semua.
aku tak kata sesi pembelajaran di dalam bahasa inggeris itu salah. ilmu tetap ilmu. cuma ada sesetengah gOlongan yang amat taksub dengan bahasa asing itu. aku mungkin bercakap begini kerana aku bukan dari gOlongan yang menjadikan bahasa inggeris itu sebagai bahasa harian di rumah. benda ni bOleh dilihat sendiri di uia. di kalangan penuntut undang2 terdapat 2 golongan. golongan yang taksub dengan bahasa itu tak tentu pasal dan gOlongan yang agak coOl. haha.
kalau da taksub sangat, jangan jadi pengamal undang2 kat negara ni. negara kOmenwel kan banyak. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. kadang2 mereka ni terlalu angkuh. aku tahu bahasa inggeris tu punca segala pekerjaan buat masa sekarang. cuma aku agak jijik dengan mereka yang terlalu mengagungkan bahasa tersebut. (badut2 yang sOmbong. huh!)
agak ilmiah entry kali ni. haha. aku mahu menjadi seperti seOrang teman. orangnya coOl tapi langsung tidak menunjuk2 dengan keupayan berbahasa inggerisnya yang superb. aku juga berangan mahu ke negara orang putih hanya kerana ingin menguasai bahasa mereka tapi bukan untuk2 menunjuk2 dan angkuh tak tentu pasal.
jangan ambil berat akan entry ni. hanya luahan dari aku, manusia kerdil di bumi Malaysia. (kang tak pasal2 kena tahan ISA. *senyum*)
No comments:
Post a Comment