
kalau ditanya siapa kawan baik aku, pasti aku akan teragak2 nak jawab sOalan ni. kenapa? sebab bagi aku, semua kawan2 aku adalah kawan baik aku. kami berkawan sejak dari tadika malah ada di antara mereka yang aku kenal sejak berumur 4 tahun! dan yang pasti, hubungan tu berkekalan sehingga sekarang. :) alhamdulillah.
aku nak bercerita mengenai seOrang teman yang aku kenal sejak dari bangku sekolah rendah. orangnya almost perfect. insyaAllah bakal seOrang dOktor suatu hari nanti. hari tu kami bergaduh. gaduh besar. dia minta aku pergi dari hidup dia hanya kerana salah faham. haris, betul kata kau. hidup ni perlukan pengorbanan. antara kita bertiga, biar aku yang blah. sedihkan?
hampir sebulan aku senyap. memang aku betul2 berkecil hati. tak tahu mana datang kekuatan. cuma bila datang suatu ketika, aku buka email. ada satu mesej. meh aku kOngsikan bersama.
"Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita."
"Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?"
"Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu."
"Wani, aku minta maaf kalau aku tak menjadi kawan yang baik untuk kO selama ni. Tapi boleh tak bagi aku satu peluang lagi untuk jadi kawan yang sama macam kat atas ni?"
"kawan, bertahun kita bersama. bagai semalam, baru bersua. kawan, dihadapan oh indahnya. kita bersama berkelana." ingat lagi nasyid lama ni?
mengalir air mata bila baca. kawan, aku tak pernah berkira bila kita berkawan. cukup sekadar aku sebagai pendengar. am i a goOd listener anyway? apa guna kawan tapi tak mampu mendengar masalah kawan. betul tak? aku ada. kawan2 lain pun ada. andai kata aku takde suatu hari nanti, jaga diri baik2 ya. kau kawan aku dunia akhirat. jangan lupa tentang itu.
No comments:
Post a Comment