tadi teman adik2 tengOk bOla match antara man u v blackburn utk carling cup (tak tahu ejaan betOl atau salah). bOleh bayangkan sekarang pukul berapa? haha. ada beberapa sebab aku dipaksa untuk teman.

pertama, senang mereka nak order makanan kat dapur. "alOng, nak cekodok pisang. alOng, nak milO ais. alOng, nak kentang gOreng. alOng, megi gOreng mamak satu." senang cerita, aku da macam pelayan perempuan kat kedai mamak aku rasa. kedua, aku paling setia menunggu. sebelum match start pukul 4 tadi, amir dan hafiz da terlelap kat sofa. amzar lak sibuk main dOta. dengan ada nya aku, aku leh tolOng buat pengumuman, "adik2 ku semua, game da start." ketiga, aku adalah tukang kutip cawan dan pembasuh pinggan yang paling cemerlang. cuba bayangkan kalau aku takde? cOnfirm pinggan penuh satu sink, cawan bersepah kat depan tv. masa ni, takkan de seOrang pun yang akan carik gadOh dengan aku sebab mereka tahu kepentingan aku pada mereka. sangat tak bagOs kan? nasib baik man bukan kaki bOla. haha. sangat2 bersyukur.
sebelum turun bawah teman adik2 aku, aku melayan beberapa makhluk kat ym. kami rancak membincangkan tentang 2 perkara. perkara pertama adalah berkenaan dengan bbq sempena raya haji ni. semua da setel. tinggal nak jemput je. kOnsep: santai. tema: santai. tOpik: gOsip (macam biasa). makanan: daging sembelih dan dijadikan bahan bbq. tempat: rumah naz jadi mangsa. perkara kedua pulak berkenaan dengan satu trip. kemana? rahsia. setakat ni perbincangan berjalan dengan lancar. kena buat perancangan awal sebab tempat nak pergi tu agak jauh. ongkOs yang paling penting. weyh, start berjimat! tahan napesu membeli belah utk setahun. cuma dOa dipermudah je.
lagi satu perkara yang lawak berlaku dalam pukul 9 malam tadi. man call. aku malas nak cakap dengan dia atas beberapa sebab. aku pas telefOn kat nadiah bila dengar suara caller itu adalah man. aku suruh nadiah cakap kat man yang aku takde. sekali mak dengar. mampOs aku kena sOund dengan mak, "kenapa nak tipu? tak baik." err. amik kau. kena sejibik. "mak jelah cakap dengan dia. kan senang." mak aku dengan senang hati sambut telefon. ambOi. rancak gila. last2 mak cakap dengan man, "wani nak cakap ni." aik? sejak bila alOng cakap? ni yang susah ni kalau da kamceng. abah, kita tukar no telefOn rumah leh? bila habis cakap, aku naik atas. tengOk de beberapa miskOl kat henpOn. patut la telefOn rumah. menyesal aku tak cabot wire telefOn awal2.
da lambat ni. alang2 nak tunggu subuh terus. cara senang nak bangun awal adalah tidur di ruang tamu. haha. pastu pagi esOk tahan je telinga dengar mak marah. nak buat macam mana. anak2 laki mak yang dera alOng. marahlah mereka. pengajaran: jangan manjakan adik2 laki.
No comments:
Post a Comment