Monday, December 15, 2008

27. Terima Kasih Untuk Hari2 Yang Indah


sebelum apa2, ingin aku khabarkan kepada kawan2 yang aku sudah kembali nOrmal. hehe. terima kasih kerana mengambil berat. nad, i'm ok right nOw. alhamdulillah. getting better. hidayah, aku sudah nOrmal. kau tak payah nak mengada2 risau. hihi.

cuma satu, aku semakin rindu. wahh!! ayat tak leh blah. haha. kamu, aku rindu. sila masuk dalam mimpi aku malam ini ya.

cuti bersama keluarga. indah gila. macam2 yang berlaku. ada beberapa perkara yang baru aku sedar atau mungkin baru mengambil berat tentang diri aku sepanjang bercuti bersama mereka2 yang gila itu.

pertama: aku adalah seOrang yang tidak pandai berenang - itu hakikat. haha. aku tak pandai berenang. dalam ketujuh2 adik beradik, aku yang paling tak reti berenang. bangga bukan? aku hanya reti mangapungkan badan. gerak sikit, cOnfirm tenggelam. adik2 aku, masing2 tunjuk skil berenang bila berada di swimming pOol. aku? lepak kat tangga swimming poOl dengan muka berlagak. haha. cuma memantau. atau sebenarnya aku yang sedang dipantau kerana dikhuatiri lemas walaupun hanya bermain di gigi air? cet.

kedua: aku makan paling lambat habis - kuantiti nasi sama banyak dengan yang lain. makan sama2 tapi habis paling last. siapa yang paling setia menunggu? abah aku. lelaki itu sangat sabar dengan perangai aku yang satu itu. dengan rela hati menunggu anak perempuannya menghabiskan makanan dengan sedaya upaya. haha. tak percaya? tanyalah pada rakan2 serumah aku atau tanya saja pada man. walaupun aku mula makan dulu dari dia, cOnfirm dia akan habis dulu dari aku. adakah man makan lagi gelOjoh dari aku? atau aku kuat bercakap ketika makan? haha. dua2 salah. memang aku jenis yang makan habis paling terakhir. nak buat macam mana kan?

ketiga: aku tidak tahan sejuk. oh kepada sesiapa yang ingin menderma lemak, sangat2 dialukan. bila balik rumah puchOng, aku dan angah pasti akan cOp ruang bawah sebagai tempat tidur. tak akan tidur kat bilik atas. aku paling tidak tahan tidur dengan penghawa dingin. kalau tidur di hotel atau pergi bercuti di kawasan yang sejuk, aku pasti antara manusia yang tak akan berpisah dengan stOkin dan baju sejuk. paling ketara bila tidur dalam bilik yang bersuhu sejuk. nadiah akan jadi mangsa peluk. aku tak peduli. biarpun dia rimas nak mati. sebab itu aku ada 4 helai baju sejuk sebagai kOleksi. hihi.

terima kasih untuk hari2 yang indah ini.

yang pasti, aku tengah merindu. rindu siapa? ya. kamu tahu siapa kamu kan? hihi.

aku mahu terus merindu. mahu jOin? sila2. *kenyit mata*

No comments:

Post a Comment