Thursday, December 11, 2008

26. Sedih


sedih tapi tak boleh nak luah. kenapa ya?

lagi sakit kalau simpan dalam. da empat hari macam ni. senyap. semua orang pelik. semalam buat2 ceria dan gumbira. hipokritnya aku ni.

tadi layan laila's lounge. pastu turun bawah. sambil kemas rumah sambil dengar lagu kat radio. buka je radio terus dengar lagu sejauh ini dari dina. nak marah je rasa. lagu jiwang pagi2 buta pehal ni?


pastu naik atas. ingat nak lepak2 depan laptOp. status ym dari invi bertukar jadi busy. belum apa2 da ada orang buzz. macam semalam. buat2 gumbira. lagi sekali, aku sangat hipOkrit pagi ni. status ym kembali invi.

baju tak kemas lagi. petang ni nak pergi kl. aduhai.

jiwa aku tengah kacau. rasa macam nak layan cerita lawak je. bagi hati ni gumbira sikit. tak mahu sedih. sangat tak best.

aku tak suka keadaan sekarang. sedih tapi tak mampu nak luahkan. kan bagus kalau dapt menangis. "tolong pang saya boleh?"

baru pukul 11 pagi.

nak tidur.

harap2 bila bangun nanti, keadaan kembali nOrmal seperti empat hari lepas.

Zzz.

No comments:

Post a Comment