Monday, December 8, 2008

23. Roti, Telur Hancur Dan Baked Beans


petang2 macam ni, sedap kalau bantai makan rOti dengan telur hancur dan baked beans. tak sampai 15 minit, semua da siap terhidang. nikmat gila. aku capai kOmik dOraemOn. makan sambil baca. macam mana tu? dalam keadaan tangan cedera parah.

cakap pasal tangan ni, semalam jumpa dOktor. bila sampai kat rumah, amir dengan nadiah tanya satu sOalan yang buat aku rasa sangat2 pelik, "dOktor tu laki ke perempuan?". aku tak berapa faham. apa kaitan kecederaan aku dengan jantina dOktor? atau adakah adik2 aku sudah masak dengan perangai kegatalan alOng mereka? *garu kepala*

esOk kawan2 aku ajak merOnggeng main bowling. Oh, nO! tangan aku masih cedera. agak parah okeh! bayangkan next week da start training netball untuk spOrt carnival. budak2 ni keji. nak pedajal aku. suruh aku jadi captain. apakah neraka?! (wth). minta2 tangan baik cepat. buat masa ni, tangan aku ni adalah aset. jangan fikir bukan2 okeh. *sengih* oh, Tuhan. aku mahu baik dengan kadar segera. aku mahu main netball sampai lebam. aku mahu bergumbira sepuas2nya. terasa hilang nikmat seketika.

hari ni man exam. paper kedua dia. minta2 segala2nya okeh. esOk dia ada 2 papers. malas nak kacau. aku belek2 gamba dia. teringat 2 peristiwa. tema: mencari dan menunggu. ceritanya begini, masa tu man dari terengganu nak ke kl. kami sempat bertengkar hanya kerana perangai mengada2 dia. kalau bertOlak pagi dari terengganu, cOnfirm akan sampai petang. alang2 da petang tu, baik tak payah jumpa kan? penat gak bertekak suruh jumpa keesOkan harinya.

kisah pertama.
kawan2 dia berhentikan dia kat tol gOmbak. dengan machO nya dia mesej, "biar saya yg masuk uia. awak tunggu je kat sana." aku dalam hati macam agak was2. biar betik mamat ni. reti ke? tunggu punya tunggu tapi tak sampai2. aku mesej, "sekarang kat mana?". selang beberapa minit dia reply, "entah. ikut signbOard dia cakap 100 meter lagi ada u-turn" (hakikatnya, dia tengah sesat). erkk!! biar betul dia ni. last2 aku tekad. nak cari dia. man bagi petunjuk. dia cakap kat kanan dia ada burger king. aku da agak. tengah duk mencari, aku nampak seOrang mamat jalan kat tepi highway mrr2. haha. adOi. itu menghala ke batu caves la. uia kan belakang tOl gombak je.

kisah kedua.
sama macam kisah pertama. man sampai kl petang. dia cakap dia berhenti kat masjid mana entah. aku cOnfident sikit kali ni. cOnfirm kat area greenwoOd. sebelum tu sempat bergaduh. da petang. alang2 baik jumpa esOk je kan? macam biasa, dengan kegedikan dia tu, aku ikOtkan je. walhal aku penat baru balik dari prOgram sehari di zoO negara. haha. aku balik uia. mandi, semayang asar dan siap2 untuk keluar balik. penat gila tapi kuatkan diri je. sampai je kat greenwoOd, aku sedikit blur. ada banyak masjid rupanya. adOi. terpaksa meminta pertolOngan niza. kalau ikOt gila, da lama balik uia. off handphOne. buat2 tak tahu. haha. agak2 da setengah jam, baru jumpa masjid yang dicari. lega.

pengajaran untuk semua. sesungguhnya kegedikan seorang lelaki kadang2 bOleh buat kita (perempuan) hampir nak gila okeh. perut da kenyang. lain kali kita mengumpat lagi. *kenyit mata*

1 comment: